Thursday, April 22, 2010

Anwar kena londeh habis…Zul Nordin dan Zahrain bongkar semua rahsia pada PM

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin dan rakan sejawatnya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sudah bongkar segala rahsia PKR termasuk cara bagaimana fitnah dan character assassination dirancang.

Mereka menceritakan semua ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyertai lawatan ke Washington.

Perdana Menteri yang kembali ke tanahair dari lawatan ke Amerika dan Jepun awal pagi Rabu memberitahu demikian dalam ucapannya kepada jentera pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor BN di Command Centre BN di Bukit Sentosa pada sebelah malamnya.

Katanya PKR kini dalam keadaan kelam kabut.

“Sebabnya kita dah tahu semua rahsia PKR…dalam lawatan ke Washington dia wakil Bebas ikut sama…YB Zulkifli Nordin dan YB Zahrain…malam lepas acara rasmi mereka naik ke bilik saya…dia buka segala cerita…sekarang saya dah tahu segala ceritanya …sampai ke seluar dalam pun saya dah tahu.

“Jadi janganlah tipu…janganlah temberang… I know everything …saya tahu bagaimana fitnah dirancangkan…macam mana character assassination …semua saya dah tahu…sebab apa mereka adalah panglimanya.

Namun Najib berkata beliau tidak mahu huraikan apa yang dibongkar oleh Zulkifli dan Zahrain kepada umum.

“Biarlah saya tahu..mereka tahu..dan Allah s.a.w.…itu saja saya nak sebut,”katanya.

Zulkifli yang dipecat dari PKR baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat apa yang didakwanya cubaan untuk memfitnah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Beliau tidak menyebut nama sesiapa.

Namun Zahrain yang keluar dari parti itu sebelum ini dalam ceramahnya di Kepala Batas baru-baru ini mendakwa Anwar yang mengatrah Zulkifli memfitnah Najin dan isterinya.

SUMBER: AGENDADAILY

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

No comments:

Post a Comment