Saturday, April 6, 2013

Pengasas PKR Pahang, G.Ram Ponusamy tanding Bebas lawan Fauzi di Indera Mahkota! Fauzi adalah punca PKR Pahang berpecah belah!

Pengasas PKR Pahang, G.Ram Ponusamy tanding Bebas lawan Fauzi di Indera Mahkota! Fauzi adalah punca PKR Pahang berpecah belah!


Pemilihan Pengerusi PKR negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu. 

Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G.Ram Ponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam PRU-13 di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau. 

Bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu. "Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini. 

"Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. 

Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu. Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket BN di DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12. 

Sementara itu, menurut Ram Ponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon. 
"Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi. 

"Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi III setahun selepas sahaja Dato' Fauzi dilantik mengetuai parti itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment