erkasa Pahang membantah kelulusan penayangan filem The New Village oleh FINAS yang ternyata filem ini berniat jahat yang cuba mahu mengubah sejarah dengan mengangkat Komunis sebagai pejuang yang ternyata boleh menimbulkan situasi yg tidak tenteram dalam negara dan menjejaskan keharmonian. Apa Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Shabery Cheek lakukan? Dimanakah ketegasan pihak kerajaan? Kelulusan tayangan filem 'The New Village' menimbulkan kebimbangan setelah penelitian dibuat,filem ini secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai pejuang dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Pasukan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh yang perlu dimusnahkan. Mengapakah FINAS boleh meluluskan tayangan filem seumpama ini yang jelas tidak mendatangkan kebaikan kepada negara malah boleh menyemai permusuhan dan menjejaskan perpaduan dalam negara yang berbilang bangsa dan kenapa filem 'Tanda Putera' yang sarat dengan pengisian dan penginsafan begitu payah mendapatkan kelulusan sedangkan filem 'The New Village' ini begitu mudah sekali mendapat kelulusan seolah-olah ada tangan-tangan hitam yang cuba mahu menganggu gugat ketenteraman dalam negara.
Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang
No comments:
Post a Comment