Tuesday, August 20, 2013

Kerajaan Perlu Bijak Selesaikan Masalah Tunggakkan dan Isu PTPTN

Tindakan kerajaan yang mahukan PTPTN melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang ingkar yang akan mengakibatkan kesan seperti pinjaman daripada institusi Kewangan yg lain terutama melibatkan kelulusan pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, kenderaan dan sebagainya adalah merupakan suatu tindakan yang kurang bijak.

Jika tindakan ini dilakukan, anak muda akan menerima kesan dan tekanan yang lebih teruk tambahan pula anak-anak muda yang ketika ini sedang bergelut di dalam survival kehidupan dan kos Sara hidup di bandar yang semakin tinggi pada hari ini. 

Sudahlah anak muda tidak mampu memiliki rumah kerana kos rumah yg terlalu tinggi, sekarang mahu menyenaraihitamkan pula mereka. Tindakan yg dilakukan ini seolah-olah menindas anak muda dan kesan disebaliknya anak muda akan terus menjauhi kerajaan. 

Banyak kaedah lain yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan permasalahan ini umpamanya pihak kerajaan berbincang dengan majikan tempat peminjam ini bekerja dan membuat potongan yang paling minima dan tidak membebankan. Apatah lagi jika peminjam tersebut bekerja dengan kerajaan.

Kerajaan perlu bijak menyelesaikan sesuatu masalah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah dalam masa yg sama mampu menarik sokongan orang muda agar lebih meyakini kerajaan. Kerajaan perlu menarik sokongan anak muda, bukannya menjauhkan lagi dan Isu PTPTN adalah isu yang dekat dalam diri anak muda.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

1 comment:

  1. Beb..nk potong minima byk mana? Caj pentadbiran sebulan pon dh cecah rm89.xkan nk bayar rm100...smpi bila hutang nk habis..

    ReplyDelete