Wednesday, August 14, 2013

Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengutuk tohmahan Dan fitnah Pengerusi DAP Perak

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan tuduhan serta kenyataan biadab, tidak bertanggungjawab dan sambil lewa Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengatakan bahawa insiden kes tembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagu mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.

Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius dan keterlaluan, dilihat bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini.

Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang.

Dengan itu, kami turut membuat laporan polis ke atas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya.

GAMBAR: Sdr Lokman Noor Bin Adam, Exco Pemuda UMNO Msia bersama Dato Suhaimi Sulong, Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Pahang yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota membuat Laporan Polis di Balai Polis Indera Mahkota


No comments:

Post a Comment