Monday, April 26, 2010

Kenyataan hina Sultan bukti Nik Aziz kurang ajar dan hanya ulama politik..





Antara coretan menarik Muqabalah Blog adalah nasihat Haji Din serban besar kepada ahli jamaah agar jangan taksub kepada parti yang meretakkan persaudaraan sesama Islam terutama ketika pilihanraya.

Beliau beri perumpamaan calon-calon pilihanraya ibarat driver kereta yang mati enjinnya dan perlu ditolak.

Maka orang ramai ataupun pengundi inilah yang menolak kereta tersebut hingga benar-benar hidup.

Selepas enjin hidup, maka driver itu jika seorang yang berbudi akan angkat tangan sambil laung ‘terima kasih’ serta dengan pantas menuju destinasinya dan tinggallah kita sesama sendiri menghirup debu dan asap yang masih berbaki di udara...

Jika mahu diambil kira sindiran ini, driver itu mungkin Datuk Zaid Ibrahim atau mungkin Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah persamaan mereka walaupun seorang dari PKR dan seorang lagi ulama politik PAS, kedua-dua mereka dari Kelantan.

Zaid perlu ditolak keretanya supaya hidup menang pilihanraya ini manakala Nik Aziz pula keretanya sudah hidup dan beliau bergerak meninggalkan pengundi Hulu Selangor menghirup debu dan asapnya...

Ini kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja datang ke Hulu Selangor berkempen untuk Zaid yang didakwa peminum arak tegar dan kaki judi kuda tetapi menghina titah Sultan Selangor.

Betapa bongkak dan angkuhnya beliau mengatakan teguran dan nasihat Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid jangan dijadikan medan politik adalah amalan penjajah yang karut.

Nik Aziz sudah meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang tidak faham antara peraturan dan ajaran.

Titah Sultan adalah peraturan kerana Baginda selaku Ketua Agama berhak menitahkan nasihat itu kerana tidak mahu masjid jadi gelanggang politik yang mendorong perpecahan umat Islam kerana fahaman berbeza.

Murysidul Am PAS itu sudah membuktikan keogaan beliau selain sikap besar bersikap kurang ajar dengan datang ke Selangor dan menghina sultan negeri itu.

Barangkali benarlah apa digambarkan bekas pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz ataupun Kickdefella bahawa Nik Aziz ini seorang yang bongkak dan tinggi diri seolah-olah beliau seorang sahaja yang hebat dan tahu pasal agama.

Lihat sajalah dalam isu menantunya Abdul Ariffahmi yang hanya meletakkan jawatan selepas pemimpin tertinggi PAS datang merayu dan memegang lutut Nik Aziz meminta Menteri Besar itu mengambil tindakan terhadap menantunya atau imej pasti akan buruk di mata rakyat.

Rakyat Selangor khususnya di Hulu Selangor pasti tidak dapat menerima tindakan Nik Aziz sebagai orang luar yang datang ke negeri ini dan menghina Sultan Sharafuddin.

Apakah istimewanya Nik Aziz yang sewenang-wenangnya menghina dan ingkar titah Sultan itu?

Seperti pendapat mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo, pemimpin veteran PAS itu bukanlah ulama agama sebaliknya ulama politik.

Lebih tegas katanya, Nik Aziz adalah orang tua yang kurang ajar kerana menghina Sultan dan umat Islam serta rakyat Selangor.

Nik Aziz sepatutnya memahami bahawa titah Tuanku Sultan adalah peraturan bukannya ajaran penjajah yang karut seperti didakwanya pada sidang media di Kuala Kubu Bharu, pada Jumaat malam.

Sebagai Ketua Agama, Sultan Sharafuddin ada hak dan undang-undang ke atas masjid di negeri itu tambahan pula niat baginda untuk memastikan kesejahteraan dan perpaduan ummah.

Menurut Dr Mohd Khir, sebagai orang luar dan pemimpin, Nik Aziz patut tahu peraturan itu serta menghormati undang-undang setiap negeri bukannya sewenang-wenang bercakap ikut mulut.

Sebab itu, Dr Mohd Khir berharap pengundi-pengundi di Hulu Selangor menilai siapa sebenar Nik Aziz termasuk Zaid yang mahu mencari populariti di kawasan berkenaan.

Percayalah, isu ini tidak berakhir begitu sahaja kerana rakyat Selangor pasti bangkit menyatakan kemarahan dengan kenyataan Nik Aziz itu.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga sudah sampai masanya bertegas terhadap mana-mana orang politik yang menjadi masjid medan kepentingan parti dan peribadi termasuk terhadap Exco Agama Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Pesuruhjaya PAS itu jelas membaca khutbah Jumaat berbaur politik di Masjid Bukit Sentosa Hulu Selangorapabila menyeru orang ramai memilih jalan kanan, jalan yang hijau bukan jalan kiri yang 52 tahun penuh berliku.

Malah katanya, pilihlah Khalifah bukannya kaum lain.

Kedudukannya sebagai exco kerajaan negeri berkaitan agama dan hal ehwal adat resam hanyalah topeng semata-mata jika inilah perlakuan sebenarnya.

Barangkali tepatlah, bapak borek anak rintik kerana Nik Aziz ketuanya maka tidak mustahil Hasan mengikut tunjuk ajar sifunya itu..

Pengajaran daripada semua ini, janganlah penduduk Hulu Selangor membantu driver yang enjin keretannya rosak kerana selepas kenderaan mereka hidup dan bergerak semula, mereka terus berlaku....tinggallah pengundi Hulu Selangor menghidu asap dan debu!

sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_30746dab-7f000010-1d956ad0-e9021b2c

No comments:

Post a Comment