Thursday, April 22, 2010

Mengata orang dia yang lebih…


Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk menuduh Kerajaan Malaysia terbabit dengan syarikat yang berkhidmat dengan Israel, tetapi hari ini bekas orang kanannya mendedahkan bahawa Anwar sebenarnya yang bersekongkol dan menjadi alat Yahudi!

Ezam Mohd Nor dalam satu sidang media di Bilik Gerakan BN di Kuala Kubu Bahru, Rabu, mendedahkan beberapa bukti yang menunjukkanm Anwar bersekongkol dengan Paul Wolfowitz, seorang Yahudi anti-Islam yang berjuang untuk Israel.

Antara bukti yang ditunjukkan Ezam ialah artikel yang tersiar dalam akhbar Washington Post mengenai pembabitan Anwar dengan Wolfowitz serta surat Anwar kepada Bank Dunia bertarikh 1 Oktober 2006 untuk meminta teman wanita Wolfowitz ditukarkan ke Foundation For The Future.

Menurut Ezam, antara bukti yang menunjukkan keakraban Anwar dengan Wolkowitz ialah apabila Wolkowitz diumumkan sebagai presiden Bank Dunia, Anwar adalah satu-satunya pemimpin Islam di dunia yang secara terbuka mengiktirafnya sebagai orang yang layak mengetuai badan dunia itu.

Katanya, Anwar juga menjadi alat dan perkakas Yahudi terhadap Islam. “Dia menjadi alat Wolkowitz,” sambil menunjukkan petikan akhbar Washington Post itu..

Ezam seterusnya menunjukkan salinan surat yang dihantar Anwar itu yang turut mengandungi nota tulisan tangan presiden bank itu, Robin Cleveland, mempersetujui permohonan Anwar.

“Kerajaan kita tidak pernah membuat kerja menjaga kepentingan Yahudi, tetapi Anwar sebaliknya menjadi alat kepada Wolkowitz yang menjaga kepentingan Yahudi. Saya cabar Anwar menafikan dakwaan saya ini,” kata Ezam.

“Sebagai seorang Islam, ini adalah pengkhianatan terhadap agama. Sebagai rakyat Malaysia, dia telah khianat kepada negara. Dia telah bekerja untuk kepentingan Israel. Anwar nak tuduh kerajaan bekerja dengan syarikat yang memberi khidmat kepada Israel, tetapi hakikatnya, Anwar adalah pengkhianat sebenar.

“Anwar bukan sahaja berkawan baik dengan Wolfowitz tetapi bersekongkol dengannya untuk menutup skandal Wolkowitz di Bank Dunia. Kita semua tahun Wolkowitz adalah bekas setiausaha pertahanan Amerika Syarikat dan dunia tahu dia adalah akitek kepada perang Iraq di mana dia mengatur strategi menyerang Iraq.

“Daripada siasatan perang Iraq yang dilakukan di Amerika dan Britain dan kelompok bebas di Timur Tengah, motif utama serangan terhadap Iraq bukan kerana ada “mass destruction nuclear” yang didakwa pada masa itu tetapi kerana tiga faktor penting, iaitu minyak, air (Iraq merupakan sebuah negara di tanah Arab yang mempunyai rizab air yang paling besar) dan serangan terhadap Iraq dilakukan untuk memusnahkan asas sains di negara itu yang merupakan yang terbesar di Timur Tengah.

“Ramai saintis Arab dan Iraq yang berpusat di Baghdad telah dibunuh atas dasar perang kerana mereka adalah saingan kepada saintis Israel. Justeru serangan harus dilakukan untuk memusnahkan saingan utama Israel.

“Wolkowitz bukan sebarang Yahudi. Dia ialah seorang Yahudi yang anti-Islam dan membunuh anak-anak kecil dan orang tidak berdosa di tanah Arab atas motif menjaga kepentingan Israel.”

Setelah sidang akhbar, Ezam diminta mengulas kenyataan Anwar yang mempertikaikan calon BN, Kamalanathan sebagai lemah dan tidak berpengalaman serta tidak mampu membawa isu-isu nasional.

“Kalau Anwar kata Kamalanathan lemah dan tidak berpengalaman serta tidak mampu membawa isu nasional berbanding Zaid Ibrahim, dia patut suruh anaknya letak jawatan. Bukankankah Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) jauh lebih muda dari Kamalanathan,?”

“Malah bukan anak dia sahaja. Ramai lagi Ahli Parlimen PKR yang lebih dari dan kurang berpengalaman dari Kamalanathan yang tidak tahu apa-apapun mengenai politik. Saya tahulah sebab mereka pernah di bawah saya ketika saya menjadi Ketua Pemuda PKR. Setengah daripada ahli Parlimen itu kena lewat jawatan. Kita boleh buat pilihanraya kecil,” tambah Ezam.

Eza, kata Anwar sibuk mengatakan Kamal lemah kerana calon BN itu bersih dan dia ketandusan idea dalam kempennya.

“Kita tak mahu cakap siapa lemah, tetapi kita nak bagi tahu calon kita kuat dan mempunyai elemen-elemen baik. Pengundi sendiri boleh lihat sama ada Kamalanathan lemah atau tidak.

Ezam seterusnya melontarkan cabaran kepada PKR untuk menampilkan orang mereka yang boleh menandingi Kamalanathan.

“Tunjukkan kepada saya seorang pemimpin PKR bangsa India yang petah cakap Bahasa Malaysia dan Inggeris yang boleh menandingi Kamalanathan! Tak payahlah dari sudut lain. Sudut bahasa pun cukup. Cuba letak Gobalakrishnan di sebelah Kamalanathan untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia.

“Saya rasa Kamalanathan mempunyai kelebihan kerana dia membawa harapan dan wajah baru kepada BN dan MIC. Saya kagum dengan kepetahannya bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

“Cara dia berkempen menjurus kepada kerja kuat dan rekodnya pun begitu. Ia faktor penting yang perlu ada pada seorang calon,” tambah Ezam. – 21/04/10.


Apakah Anwar boleh tuduh Dr Halili kejar kedudukan dan wang tanya Ezam



Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh dikatakan sudah habis modal untuk teruskan tali hayat PKR sebaik sahaja rakan rapatnya Datuk Dr Halili Rahmat buat keputusan keluar PKR dan masuk UMNO.

Jika sebelum ini, andai ada pemimpin PKR keluar atau lompat parti, Ketua Pembangkang itu guna modal, mereka ini dibayar dan ditawar pangkat serta kedudukan.

Kerajaan BN dan UMNO lah jadi mangsa tohmahan kononnya memujuk dan membeli pemimpin-pemimpin tersebut yang keluar PKR sebenarnya kerana sudah bosan dan muak dengan politik Anwar.

Apakah Anwar boleh guna modal yang serupa dengan tindakan Dr Halili umum keluar PKR pagi Isnin ketika BN dan pembangkang sedang berentap sakan dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor?

Bagi bekas Setiausaha Politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Ezam Mohd Noor, Ketua Umum PKR itu kini sudah habis modal politiknya dengan ucapan ‘bye-bye PKR’ oleh Dr Halili.

Ezam yang turut rapat dengan Dr Halili ketika sama-sama dalam Keadilan sebelum ini, berkata pakar bedah saraf itu ada segala-galanya termasuk kedudukan dan wang ringgit.

“Sebagai perunding perubatan tersohor, yuran dan pendapatnnya saya pasti lumayan. Malah, ramai mengenalinya. Apakah beliau keluar PKR kerana mahu kejar wang ringgit atau kedudukan sedangkan beliau ada segala-galanya?,” persoal Ezam ketika dihubungi Agendadaily.

Katanya, keputusan Dr Halili itu pastinya bukan kerana wang ringgit atau kedudukan seperti kerap dikatakan Anwar apabila ada pemimpin PKR lompat atau keluar parti.

“Bagi saya Dr Halili pasti ada asas kukuh bertindak demikian. Seperti orang lain yang sudah keluar PKR, beliau barangkali turut kecewa dengan politik Anwar,” katanya.

Menurut Ezam, apabila orang seperi Dr Halili buat keputusan keluar pasti ada sebab musabab tambahan pula beliau bukan sahaja rapat dengan Anwar tetapi isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Ezam yang pernah menerajui Pemuda Keadilan berpendapat, keputusan itu satu tamparan hebat terhadap Anwar sekaligus menyebabkannya habis modal politik untuk menjawab kenapa Dr Halili keluar partinya.

Dr Halili anak jati Hulu Selangor yang turut sama-sama mengasaskan PKR pada 1999 mengumumkan keluar PKR dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya, pagi Isnin.

Antara sebab beliau bertindak demikian kerana PKR sudah hilang arah perjuangan dan sukar baginya mempertahankan kredibiliti parti itu kerana selepas pilihanraya umum lalu, PKR dan sekutunya gagal menunjukkan perubahan untuk kesejahteraan rakyat termasuk di Hulu Selangor.

Bekas bendahari PKR Hulu Selangor itu turut mengumumkan menyertai UMNO dan akan membantu calon BN, K.Kamalanathan berkempen dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

SUMBER: AGENDADAILY

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_155b6c51-7f000010-1d956ad0-2cfde09f

No comments:

Post a Comment