Monday, April 26, 2010

Masjid: Nik Aziz hina Sultan dan guris hati rakyat Selangor - PM


“Pengingkaran yang serius” itu kata Datuk Seri Najib Razak pagi Sabtu ketika diminta ulas kenyataan terbuka Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertikaikan arah Sultan Selangor melarang masjid digunakan untuk berpolitik.

Katanya Menteri Besar Kelantan itu samasekali tidak menghormati apa yang ditetapkan Perlembagaan negara dan kehendak agama Islam.

Najib anggap perbuatan Nik Aziz bukan saja penghinaan kepada Sultan malah mengguris hati rakyat Selangor khususnya di Parlimen Hulu Selangor.

Perdana Menteri menyatakan demikian sebagai menjawab soalan wartawan semasa sidang media selepas menghadiri majlis Sarapan 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang ,Hulu Selangor.-24/4/2010

Nik Aziz hina titah Sultan Selangor...anggap larangan berpolitik di masjid karut

Pada tengahari Jumaat, semasa merasmikan Masjid Taman Cheras, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang politik dan demonstrasi.

Titah baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.

"Beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di perkarangan mahupun di dalam masjid," titah baginda yang ketika itu turut diiringi Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tetapi pada sebelah malam, dalam sidang akhbar yang diadakan di banglo Pejabat Daerah Kuala Kubu Baru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila diminta mengulas titah itu, dengan selamba berkata ia tak salah.

Malah Menteri Besar Kelantan menganggap larangan itu sebagai ajaran karut peninggalan Inggeris.

Khalid duduk sebelah Nik Aziz dalam sidang akhbar itu. Turut hadir ialah calon PKR pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, orang kuat DAP Lim,Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Difahamkan Sultan Selangor menitahkan demikian kerana pakatan pembangkang menganjurkan ceramah pilihanraya di dalam dan perkarangan masjid dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Keadaan ini dikatakan mencetuskan rasa kurang senang dikalangan orangramai.

Masjid-masjid sekitar Hulu Selangor juga dijadikan tempatan penginapan sebilangan jentera pakatan pembangkang yang datang dari luar.

Kata Nik Aziz,"siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid? Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Allah memerintah manusia supaya memperjuangkan keadilan. Keadilan itu urusan politik, dibaca dalam Quran, dalam masjid. Kita azan Allahuakhbar, ini politik, panggil orang ramai-ramai supaya ke masjid. Ini politik..

“Ini kerja saki baki ajaran penjajah barat yang asingkan agama dan politik. Nabi Muhammad sendiri ahli agama, ahli politik, panglima perang, menteri kewangan serta menteri sosial. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan diterima oleh orang Islam. Dukacita, ".

Ditanya mengenai dakwaan Zaid sebagai peminum arak tegar, Nik Aziz berkata ia berlaku kerana UMNO sudah tidak ada modal.

“Mereka tak ada modal. Ini calon parti. Kalau UMNO ada modal serang partilah.Jangan serang tubuh badan calon, ini kerja bodoh, kerja budak-budak,. Ia satu perkara yang memalukan politik Malaysia," katanya.

Nik Aziz juga menafikan PAS mempunyai masalah dalam pakatan pembangkang.

“Dulu PAS bersama dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Tetapi setelah UMNO kuat, dia tendang PAS. Maka PAS jadi perit. UMNO bersungguh-sungguh minta PAS bersama dia tetapi kami dah perit dan kami masuk Pakatan,tak ada masalah.”katanya

sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_32fc5078-7f000010-1d956ad0-774c27e5

1 comment:

  1. ANAK BANGSA MALAYSIA

    Saudara mempunyai bakat yang besar untuk menulis bagi ekspresi perjuangan bangsa melayu yang kian tersepit ini. Kehadiran saudara akan dalam media baru akan lebih menyemarakan lagi semangat anak muda yang amat leka dan harus sentiasa dipecut supaya sedar akan pentingnya kuasa ditangan orang melayu.

    2. PAS< PKR telah menjadi alat kepada bukan melayu untuk merobohkan kekuasaan melayu dan mereka menggunakan 'ketuanan melayu dan agama' sebagai alat untuk kaum lain membenci melayu secara total. Pilihan raya Hulu Selangor mereka menghasut agar melayu dibenci. Dan pilihan raya Sibu mereka (melayu) berucap digereja supaya membenci Islam dengan isu jika BN memerintah kebebasan beragama tidak lagi wujud. Ternyata berkesan dan Sibu BN kalah. Petanda bahaya ini sebagai amaran merah PRU 13.

    3. Gunalah apa cara didalam blog saudara untuk menyedarkan bangsa kita supaya kembali kepangkal jalan. Dengan pandangan dan bakat saudara itu saya yakin kita dapat upaya menyedarkan bangsa kita untuk terus bangkit secara total danb serius.

    salam Hormat.

    ReplyDelete