Saturday, August 31, 2013

Thursday, August 29, 2013

Tuesday, August 20, 2013

Kerajaan Perlu Bijak Selesaikan Masalah Tunggakkan dan Isu PTPTN

Tindakan kerajaan yang mahukan PTPTN melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang ingkar yang akan mengakibatkan kesan seperti pinjaman daripada institusi Kewangan yg lain terutama melibatkan kelulusan pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, kenderaan dan sebagainya adalah merupakan suatu tindakan yang kurang bijak.

Jika tindakan ini dilakukan, anak muda akan menerima kesan dan tekanan yang lebih teruk tambahan pula anak-anak muda yang ketika ini sedang bergelut di dalam survival kehidupan dan kos Sara hidup di bandar yang semakin tinggi pada hari ini. 

Sudahlah anak muda tidak mampu memiliki rumah kerana kos rumah yg terlalu tinggi, sekarang mahu menyenaraihitamkan pula mereka. Tindakan yg dilakukan ini seolah-olah menindas anak muda dan kesan disebaliknya anak muda akan terus menjauhi kerajaan. 

Banyak kaedah lain yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan permasalahan ini umpamanya pihak kerajaan berbincang dengan majikan tempat peminjam ini bekerja dan membuat potongan yang paling minima dan tidak membebankan. Apatah lagi jika peminjam tersebut bekerja dengan kerajaan.

Kerajaan perlu bijak menyelesaikan sesuatu masalah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah dalam masa yg sama mampu menarik sokongan orang muda agar lebih meyakini kerajaan. Kerajaan perlu menarik sokongan anak muda, bukannya menjauhkan lagi dan Isu PTPTN adalah isu yang dekat dalam diri anak muda.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Wednesday, August 14, 2013

Muhammad Faiz Hashim, Pemuda UMNO Pahang tawar diri bertanding Exco Pemuda UMNO Malaysia

Assalammualaikum. Dengan Lafaz Bismillahirahmanirahim saya Muhammad Faiz Hashim daripada Pemuda UMNO Pahang dengan ini menawarkan diri bertanding Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Juga bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota pada pemilihan kali ini. Saya merayu sokongan sahabat semua agar agenda saya dalam memperjuangan kepentingan agama, bangsa dan tanahair ini akan terus dimartabatkan. Terima kasih.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengutuk tohmahan Dan fitnah Pengerusi DAP Perak

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan tuduhan serta kenyataan biadab, tidak bertanggungjawab dan sambil lewa Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengatakan bahawa insiden kes tembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagu mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.

Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius dan keterlaluan, dilihat bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini.

Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang.

Dengan itu, kami turut membuat laporan polis ke atas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya.

GAMBAR: Sdr Lokman Noor Bin Adam, Exco Pemuda UMNO Msia bersama Dato Suhaimi Sulong, Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Pahang yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota membuat Laporan Polis di Balai Polis Indera Mahkota