Monday, December 16, 2013

Terima Kasih Sukarelawan Banjir Pemuda Indera Mahkota

Terima kasih kepada semua sukarelawan drp Pemuda UMNO Indera Mahkota yg bertungkus lumus membantu mangsa banjir drp awal hinggalah kepada kerja2 akhir tanpa mengira tenaga, masa, wang ringgit mahupun fahaman politik. Biarpun berbeza fahaman politik, atas dasar kemanusiaan kami tetap membantu seikhlas hati.  Walau khidmat kami semua ini tak berbayar namun kami tetap berasa puas. Kami tak minta pujian jauh lagi utk disanjung walau tiada yg tahu kami sanggup tinggalkan anak dan isteri, jadual makan yg tidak menentu, tidur yg tidak mencukupi demi menyelamat dan membantu mangsa banjir yg ditimpa musibah. Semoga Allah swt memberi kekuatan dan semangat kepada kami semua utk terus berjuang.

Sukarelawan Pemuda UMNO Indera Mahkota, yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Sdr Muhammad Faiz Hashim telah menggerakkan jentera sukarelawan nya sejak awal banjir lagi.Daripada usaha menyelamat, operasi memindahkan mangsa di pusat pemindahan banjir di Cenderawasih ke SUKPA, memberi bantuan makanan dan keperluan, menghantar sumbangan ke rumah-rumah mangsa sehinggalah operasi membersihkan rumah dan bangunan awam.

Sesungguhnya, pengalaman yang berguna ini amat bermakna bagi kami semua dalam sejarah banjir terburuk di Negeri Pahang. Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang atas sumbangan dan keprihatinan, YM Tengku Muda Pahang bersama isterinya Cik Puan Julita Aishah yg sudi mencemar duli melawat serta memberi sumbangan, Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaludin, Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda UMNO Pahang, Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Pemuda UMNO Bentong, Pemuda UMNO Padang Rengas, UMNO Shah Alam, MAYC Malaysia, Kerajaan Negeri Pahang, MPK, RELA, JKM, BOMBA, JPAM dan semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Insyaallah, Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO Indera Mahkota ini akan terus berkhidmat pada masa2 akan datang bukan sahaja dalam misi banjir, malah dalam semua misi yang melibatkan bencana alam.




Thursday, October 31, 2013

PRK Sg Limau, Faiz Hashim turun ke akar umbi

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim bersama jentera Pemuda Pahang turun ke akar umbi dalam melakukan gerak kerja berfokus mengenalpasti pengundi putih di PDM Matang Buluh PRK Sg Limau, Kedah

Thursday, October 10, 2013

Calon Exco No. 61, Mohon Undi dan Sokongan

Dengan rasa rendah diri, saya Muhammad Faiz Hashim, Calon Exco No. 61, daripada Pemuda UMNO Pahang yang juga Calon Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, dengan ini merayu undi dan sokongan sahabat di Seluruh Malaysia agar mengundi saya agar perjuangan demi survival anak muda serta agama, bangsa dan tanahair dpt sy perjuangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Tkasih sahabat semua :)

Wednesday, September 25, 2013

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia daripada Pahang

Assalamualaikum, mohon sokongan dan undi perwakilan dan sahabat di Seluruh Malaysia agar mengundi Muhammad Faiz Hashim No. Calon 61 untuk Exco Pemuda UMNO Malaysia.

'Budi Dikenang, Amanah Dijunjung' insyaallah, undi yang diberi tidak akan dipersiakan dan calon ini akan galas tangungjawab dan amanah yg diberikan sebaiknya. Insyaallah.

Tuesday, September 24, 2013

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia No. 61 Faiz Hashim

Mohon sokongan dan undi sahabat semua untuk memilih Saudara Muhammad Faiz Hashim Calon No.61 daripada Pemuda UMNO Pahang. 

Insyaallah, undi yang diberi tidak akan dipersiakan dan yakin calon ini akan menjalankan amanah dan tangungjawabnya sebaik mungkin.

Saturday, September 21, 2013

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia No. 16 61 Fathul Bari & Faiz Hashim

Assalamualaikum, mohon sokongan dan sahabat perwakilan semua untuk mengundi Calon No.16 Ustaz Fathul Bari dan Calon No. 61 Muhammad Faiz Hashim (wakil Pemuda Pahang).

#UNDI 16 61 Fathul Bari & Faiz Hashim

Terima kasih di atas sokongan sahabat perwakilan sekalian.

Wednesday, September 18, 2013

Tuesday, September 17, 2013

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Faiz Hashim sahkan diri bertanding

Muhammad Faiz Bin Hashim mengesahkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Exco Pemuda UMNO Malaysia pada kali ini apabila mengambil borang pencalonan bertanding semalam. Beliau yang berjawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota ketika ini yang juga aktif dalam beberapa pertubuhan NGO yang juga menjawat jawatan peringkat Nasional sebagai Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) dan peringkat negeri selaku Ketua Penerangan Perkasa Pahang. Penawaran ini dibuat bagi memperjuangkan nasib golongan anak2 muda lebih2 lagi di peringkat bawahan dan pertengahan dimana survival hidup anak2 muda pada hari ini semakin mencabar dan perlu diperjuangkan. Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin muda, suatu ketika dahulu, beliau pernah merasai kesusahan dan keperitan hidup dan pengalaman yg amat bermakna ini lah akan digunakan oleh beliau sebagai penyuntik semangat membela nasib golongan susah di kampung dan membela nasib survival anak muda di bandar.

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim

Muhammad Faiz Hashim, mengambil borang pencalonan bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Exco Pemuda UMNO Malaysia

Tuesday, September 10, 2013

Bajet 2014 Perlu Mesra Kebajikan Rakyat

Pembentangan Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan bulan depan diharapkan agar lebih kepada bajet yang lebih mesra kepada Kebajikan. Ini memandangkan tahap kehidupan ekonomi rakyat terutama dibandar-bandar utama terutama survival golongan anak-anak muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga amat sulit ketika ini. Cabaran dan kos saraan hidup yang tinggi amat memerlukan sentuhan daripada pihak kerajaan menjiwai, mendengar rintihan hati dan merasai sendiri denyut nadi mereka ini. Rakyat dan golongan anak muda tidak menolak pembangunan dan kemodenan serta kepesatan kecanggihan yang ada. Tapi, apalah erti sebuah pembangunan sekiranya tahap sosial ekonomi rakyat berada di bawah. Adalah lebih baik sekiranya pembangunan yg ada di negara kita pada hari ini Seiring dengan tahap sosial ekonomi rakyat. Cukup dah dengan pembangunan yang ada di negara kita pada hari ini sehingga berada di tahap antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas dan sebagainya. Cuma Bajet 2014 pada kali ini, bajet untuk pembangunan biarlah dikurangkan dan bajet untuk Kebajikan rakyat sepatutnya dilebihkan. Selama ini, projek pembangunan lebih menguntungkan siapa? Bangsa apa yg lebih mendapat manfaat? Golongan mana? Tepuk dada tanya hati. Semoga Bajet 2014 pada kali ini adalah bajet yang mesra Kebajikan Rakyat, Mesra survival anak muda dan mesra golongan bawahan dan pertengahan sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini masih relevan untuk dikekalkan pada penggal mendatang.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Thursday, September 5, 2013

Golongan Pertengahan Perlu diberi perhatian

Golongan berpendapatan pertengahan yang merupakan pembayar cukai pendapatan paling ramai dan juga boleh dianggap sebagai golongan penentu kemenangan sesebuah parti yang akan menguasai kerajaan. Justeru itu, tindakan  kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan yang berpendapatan RM2500 hingga RM5000 sebulan adalah amat bertepatan. Sebahagian daripada golongan ini adalah merupakan anak muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Kebanyakan intelektual dan golongan professional juga tergolong dalam golongan ini. Golongan ini juga adalah merupakan golongan yang kurang mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan berbanding golongan atasan dan golongan bawahan. Justeru itu tidak pelik sekiranya golongan dari golongan ini lah yang rata-rata menyokong pembangkang kerana mereka merasakan seolah olah nasib mereka terabai dan rintihan hati mereka tidak didengari. Secara mata kasar seolah-olah macam banyak pendapatan RM5000, tapi bila ditolak dengan kos Sara hidup yang semakin tinggi, membuat simpanan pun mereka tak mampu. Sentiasa terikat membayar hutang pinjaman sehingga habis hayat. Sebab itulah golongan ini cepat tersentuh dan tersinggung apabila berlaku kenaikkan harga minyak, kenaikkan harga barangan, tambahan pula jika musim perayaan dan pembukaan baru persekolahan, sudah tentu golongan seperti ini akan berasa semakin tertekan. Tindakan kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan amatlah bertepatan dan disokong sepenuhnya dan yakin jika terlaksana dengan jayanya dengan mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan, golongan pertengahan ini akan bangkit dan kembali yakin dengan kepimpinan dan pentadbiran oleh Kerajaan Sedia ada. Hati yang merajuk jika dipujuk akan kembali bertaut sepenuh hati.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Saturday, August 31, 2013

Thursday, August 29, 2013

Tuesday, August 20, 2013

Kerajaan Perlu Bijak Selesaikan Masalah Tunggakkan dan Isu PTPTN

Tindakan kerajaan yang mahukan PTPTN melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang ingkar yang akan mengakibatkan kesan seperti pinjaman daripada institusi Kewangan yg lain terutama melibatkan kelulusan pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, kenderaan dan sebagainya adalah merupakan suatu tindakan yang kurang bijak.

Jika tindakan ini dilakukan, anak muda akan menerima kesan dan tekanan yang lebih teruk tambahan pula anak-anak muda yang ketika ini sedang bergelut di dalam survival kehidupan dan kos Sara hidup di bandar yang semakin tinggi pada hari ini. 

Sudahlah anak muda tidak mampu memiliki rumah kerana kos rumah yg terlalu tinggi, sekarang mahu menyenaraihitamkan pula mereka. Tindakan yg dilakukan ini seolah-olah menindas anak muda dan kesan disebaliknya anak muda akan terus menjauhi kerajaan. 

Banyak kaedah lain yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan permasalahan ini umpamanya pihak kerajaan berbincang dengan majikan tempat peminjam ini bekerja dan membuat potongan yang paling minima dan tidak membebankan. Apatah lagi jika peminjam tersebut bekerja dengan kerajaan.

Kerajaan perlu bijak menyelesaikan sesuatu masalah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah dalam masa yg sama mampu menarik sokongan orang muda agar lebih meyakini kerajaan. Kerajaan perlu menarik sokongan anak muda, bukannya menjauhkan lagi dan Isu PTPTN adalah isu yang dekat dalam diri anak muda.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Wednesday, August 14, 2013

Muhammad Faiz Hashim, Pemuda UMNO Pahang tawar diri bertanding Exco Pemuda UMNO Malaysia

Assalammualaikum. Dengan Lafaz Bismillahirahmanirahim saya Muhammad Faiz Hashim daripada Pemuda UMNO Pahang dengan ini menawarkan diri bertanding Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Juga bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota pada pemilihan kali ini. Saya merayu sokongan sahabat semua agar agenda saya dalam memperjuangan kepentingan agama, bangsa dan tanahair ini akan terus dimartabatkan. Terima kasih.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengutuk tohmahan Dan fitnah Pengerusi DAP Perak

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan tuduhan serta kenyataan biadab, tidak bertanggungjawab dan sambil lewa Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengatakan bahawa insiden kes tembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagu mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.

Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius dan keterlaluan, dilihat bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini.

Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang.

Dengan itu, kami turut membuat laporan polis ke atas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya.

GAMBAR: Sdr Lokman Noor Bin Adam, Exco Pemuda UMNO Msia bersama Dato Suhaimi Sulong, Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Pahang yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota membuat Laporan Polis di Balai Polis Indera Mahkota


Wednesday, July 31, 2013

Armand Azha Pejuang Sejati!!

Salam sahabat seperjuangan sekalian. Hari ini kita berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang begitu getir. Pelbagai gerakan-gerakan halus yang cuba merogol kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan dan rasmi negara. Tidak kurang juga dengan gerakan untuk menghapuskan hak keistimewaan melayu serta gerakan utk menjatuhkan Raja2 melayu sebagai simbol kekuasaan melayu melalui melalui siri penghinaan dan pelbagai bentuk yang secara nyata telah menyentuh sensitivi dan menganggu gugat ketenteraman dan keharmonian negara.

Negara hari ini memerlukan pemimpin pelapis yang lantang bersuara mempertahankan Perkara 152 dan 153 ini sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan tanpa menyentuh hak2 kaum yang lain.

Pemimpin pelapis yang saya maksudkan ini ialah sahabat lama saya di dalam Perkasa Malaysia suatu ketika dahulu ialah Saudara Armand Azha Abu Hanifah yang merupakan Bekas Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Saya begitu teruja dengan keberanian dan ketokohan yang ada pada beliau dan Setiap apa yang ingin beliau lakukan, beliau akan lakukan dengan betul2 serius bagi memastikan perjuangan mempertahankan agenda agama,bangsa dan tanahair ini dapat dipertahankan tanpa memikirkan risiko dan keselamatan diri.

Pemimpin seperti Saudara Armand ini patut diberi tempat di dalam Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi memperkuatkan lagi jentera Pemuda UMNO Malaysia dan sebagai nilaitambah di dalam setiap perlaksanaan sebagai persediaan untuk mengharungi PRU14

Kepada Saudara Armand, teruskan perjuanganmu. Walaupun dirimu bukan lagi Ahli Perkasa Malaysia, namun saya dan Seluruh Ahli Perkasa Pahang dan rakan2 lamamu di Seluruh Malaysia mendoakan kejayaanmu dan kamu wajib menang dan wajar diberi peluang untuk berkhidmat di dalam Exco Pemuda Malaysia.

Teruskan Perjuangan sahabat!


Sahabat lamamu,

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang

Tuesday, July 30, 2013

ISU JALAN SEHALA DI BANDAR KUANTAN! PERLUKAH MPK DIPERSALAHKAN?

Sejak kebelakangan ini, rata-rata masyarakat Kuantan berceritakan hal laluan sehala di Bandar Kuantan yg telah dilaksanakan baru-baru ini. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak kurang juga ada yang memberikan pelbagai komen yang negatif atas sebab kesulitan dan jalan yang semakin sesak yang mereka alami.

Perlu lah kita ketahui dengan minda yang terbuka dan berlapang dada, pihak MPK sememangnya berniat baik untuk menyelesaikan permasalahan kesesakan trafik di Bandar Kuantan dan pihak MPK tidak berniat langsung untuk menyusahkan masyarakat Kuantan, namun setiap perubahan dan perkara kebaikan yang mahu dilaksanakan mestilah ada salah silapnya dan pihak MPK cuba utk memperbaiki dan menambahbaikkan setiap perkara yg dilaksanakan. Sebab itulah, laluan sehala yang dilaksanakan ini adalah di dalam tempoh percubaan. Dalam tempoh masa 3 bulan ini pihak MPK akan mengkaji dan menilai setiap respon, pandangan dan cadangan daripada orang ramai untuk memastikan aliran trafik di Bandar Kuantan berada dalam keadaan yang terbaik. 

Sesuatu perubahan pada perkara yg telah lama menjadi kebiasaan memanglah mengambil masa dan memerluka kerjasama sepenuhnya dari pengguna jalannraya di Kuantan ini. Pengguna juga haruslah bijak merancang perjalanan bagi mengelakkan mengguna laluan yg telah diketahui sesak pd waktu2 tertentu.

Sekarang adalah masa terbaik untuk pihak MPK mencuba laluan baru iaitu waktu kenderaan betul-betul banyak terutama menjelang musim perayaan ini bagi mendapatkan bancian dan gambaran sebenar kesesakan yang berlaku. Dan setiap kesesakan yang berlaku ini adalah menjadi kayu pengukur kajian dan penilaian pihak MPK dalam tempoh percubaan ini untuk ditambahbaikan dan mencari formula yg terbaik utk menyelesaikannya.

Pihak MPK telah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan kesesakan di Bandar Kuantan dengan pertambahan bilangan kenderaan yg amat banyak sejak akhir-akhir ini. 

Penduduk dan pengguna jalanraya haruslah bersabar dan memberi peluang pada pihak MPK memikir dn melaksaan kaedah terbaik utk mengurangkn kesesakn yg semakin teruk. Pihak MPK memang terpaksa mengubah laluan2 yg memang kerap mengalami kesesakan terutama diwaktu puncak.

Jalan-jalan di Bandar Kuantan memang terpaksa diubah haluan kerana itulah satu-satunya alternatif yg ada buat masa ini. Untuk melebarkn jalan adalah suatu yg mustahil apatah lagi dengan membina 'flyover' yang ternyata memerlukan peruntukkan yang tinggi dan tempoh pembinaan yg begitu lama. Jadi, laluan sehala inilah sebagai alternatif buat sementara ini. Jika tidak dilakukan sekarang, persoalannya bila lagi? Adakah mahu melaksanakannya ketika keadaan trafik benar-benar teruk dan lebih menyulitkan?

Apa yang pihak MPK lakukan sekarang adalah dalam peringkat percubaan. Dari situlah baru dapat dilihat dan dikaji laluan2 yg sesuai utk mengurangkan kesesakan.

Sebagai masyarakat Kuantan yang prihatin dan rasional, janganlah kita asyik menuding jari mencari kesalahan, sebaliknya marilah kita sama-sama memberi cadangan dan pandangan yang bernas kepada pihak MPK untuk melaksanakan yang terbaik demi kesejahteraan kita bersama. Sebagai contoh cadangan demi penambahbaikan, Untuk melaksanakan sistem jalan sehala ini, sistem lampu isyarat (trafik light) mestilah diminimakan dan jika mahu menggunakan sistem lampu isyarat juga, disetiap jalan yang lurus contoh dari Jalan Wong Ah Jang sehingga Jalan Tun Ismail, jika satu lampu isyarat Hijau, maka sepanjang jalan tersebut kesemua lampu isyarat mestilah hijau bagi memastikan kelancaran trafik. Kaedah roundabout juga boleh difikirkan terutama dipersimpangan Jambatan Tg Lumpur-Telok Sisek bagi meminimakan penggunaan lampu isyarat.

Apa-apa pun sebagai rakyat di Negeri Pahang yang tinggal di Kuantan, saya doakan yang terbaik dan sentiasa menyokong perubahan ke arah kebaikan demi kesejahteraan seluruh masyarakat Kuantan dan rakyat Pahang.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Isu Jalan Sehala di Bandar Kuantan. Perlukah MPK dipersalahkan?

Sejak kebelakangan ini, rata-rata masyarakat Kuantan berceritakan hal laluan sehala di Bandar Kuantan yg telah dilaksanakan baru-baru ini. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak kurang juga ada yang memberikan pelbagai komen yang negatif atas sebab kesulitan dan jalan yang semakin sesak yang mereka alami.

Perlu lah kita ketahui dengan minda yang terbuka dan berlapang dada, pihak MPK sememangnya berniat baik untuk menyelesaikan permasalahan kesesakan trafik di Bandar Kuantan dan pihak MPK tidak berniat langsung untuk menyusahkan masyarakat Kuantan, namun setiap perubahan dan perkara kebaikan yang mahu dilaksanakan mestilah ada salah silapnya dan pihak MPK cuba utk memperbaiki dan menambahbaikkan setiap perkara yg dilaksanakan. Sebab itulah, laluan sehala yang dilaksanakan ini adalah di dalam tempoh percubaan. Dalam tempoh masa 3 bulan ini pihak MPK akan mengkaji dan menilai setiap respon, pandangan dan cadangan daripada orang ramai untuk memastikan aliran trafik di Bandar Kuantan berada dalam keadaan yang terbaik. 

Sesuatu perubahan pada perkara yg telah lama menjadi kebiasaan memanglah mengambil masa dan memerluka kerjasama sepenuhnya dari pengguna jalannraya di Kuantan ini. Pengguna juga haruslah bijak merancang perjalanan bagi mengelakkan mengguna laluan yg telah diketahui sesak pd waktu2 tertentu.

Sekarang adalah masa terbaik untuk pihak MPK mencuba laluan baru iaitu waktu kenderaan betul-betul banyak terutama menjelang musim perayaan ini bagi mendapatkan bancian dan gambaran sebenar kesesakan yang berlaku. Dan setiap kesesakan yang berlaku ini adalah menjadi kayu pengukur kajian dan penilaian pihak MPK dalam tempoh percubaan ini untuk ditambahbaikan dan mencari formula yg terbaik utk menyelesaikannya.

Pihak MPK telah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan kesesakan di Bandar Kuantan dengan pertambahan bilangan kenderaan yg amat banyak sejak akhir-akhir ini. 

Penduduk dan pengguna jalanraya haruslah bersabar dan memberi peluang pada pihak MPK memikir dn melaksaan kaedah terbaik utk mengurangkn kesesakn yg semakin teruk. Pihak MPK memang terpaksa mengubah laluan2 yg memang kerap mengalami kesesakan terutama diwaktu puncak.

Jalan-jalan di Bandar Kuantan memang terpaksa diubah haluan kerana itulah satu-satunya alternatif yg ada buat masa ini. Untuk melebarkn jalan adalah suatu yg mustahil apatah lagi dengan membina 'flyover' yang ternyata memerlukan peruntukkan yang tinggi dan tempoh pembinaan yg begitu lama. Jadi, laluan sehala inilah sebagai alternatif buat sementara ini. Jika tidak dilakukan sekarang, persoalannya bila lagi? Adakah mahu melaksanakannya ketika keadaan trafik benar-benar teruk dan lebih menyulitkan?

Apa yang pihak MPK lakukan sekarang adalah dalam peringkat percubaan. Dari situlah baru dapat dilihat dan dikaji laluan2 yg sesuai utk mengurangkan kesesakan.

Sebagai masyarakat Kuantan yang prihatin dan rasional, janganlah kita asyik menuding jari mencari kesalahan, sebaliknya marilah kita sama-sama memberi cadangan dan pandangan yang bernas kepada pihak MPK untuk melaksanakan yang terbaik demi kesejahteraan kita bersama. Sebagai contoh cadangan demi penambahbaikan, Untuk melaksanakan sistem jalan sehala ini, sistem lampu isyarat (trafik light) mestilah diminimakan dan jika mahu menggunakan sistem lampu isyarat juga, disetiap jalan yang lurus contoh dari Jalan Wong Ah Jang sehingga Jalan Tun Ismail, jika satu lampu isyarat Hijau, maka sepanjang jalan tersebut kesemua lampu isyarat mestilah hijau bagi memastikan kelancaran trafik. Kaedah roundabout juga boleh difikirkan terutama dipersimpangan Jambatan Tg Lumpur-Telok Sisek bagi meminimakan penggunaan lampu isyarat.

Apa-apa pun sebagai rakyat di Negeri Pahang yang tinggal di Kuantan, saya doakan yang terbaik dan sentiasa menyokong perubahan ke arah kebaikan demi kesejahteraan seluruh masyarakat Kuantan dan rakyat Pahang.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Sunday, July 28, 2013

Perkasa Pahang Boikot 'The New Village'

erkasa Pahang membantah kelulusan penayangan filem The New Village oleh FINAS yang ternyata filem ini berniat jahat yang cuba mahu mengubah sejarah dengan mengangkat Komunis sebagai pejuang yang ternyata boleh menimbulkan situasi yg tidak tenteram dalam negara dan menjejaskan keharmonian. Apa Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Shabery Cheek lakukan? Dimanakah ketegasan pihak kerajaan? Kelulusan tayangan filem 'The New Village' menimbulkan kebimbangan setelah penelitian dibuat,filem ini secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai pejuang dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Pasukan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh yang perlu dimusnahkan. Mengapakah  FINAS boleh meluluskan tayangan filem seumpama ini yang jelas tidak mendatangkan kebaikan kepada negara malah boleh menyemai permusuhan dan menjejaskan perpaduan dalam negara yang berbilang bangsa dan kenapa filem 'Tanda Putera' yang sarat dengan pengisian dan penginsafan begitu payah mendapatkan kelulusan sedangkan filem 'The New Village' ini begitu mudah sekali mendapat kelulusan seolah-olah ada tangan-tangan hitam yang cuba mahu menganggu gugat ketenteraman dalam negara.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang

Friday, July 19, 2013

Azan Berkumandang Bermakna Islam masih lagi Agama Rasmi Malaysia

Bila dengar azan Subuh berkumandang, sayu dan syahdu rasa dihati. Rasa lega kerana agama Islam masih menjadi agama rasmi negara. Kadang2 rasa gusar dan bimbang pada masa2 akan datang, Adakah suara azan ini masih boleh lagikah berkumandang jika Islam bukan lagi agama rasmi Negara jika umat Islam masih lagi tidak mahu bersatu yang hanya akan menguntungkan musuh2 Islam yang hanya menunggu masa dan saat utk mereka berkuasa. Moga Allah swt melindungi negaraku Malaysia.

Lucut Kewarganegaraan Alvin dan Vivian

Ketua Penerangan Perkasa Pahang, Muhammad Faiz Hashim mendesak supaya hukuman yang paling setimpal yang perlu dikenakan kepada Alvin Tan dan Vivian kerana menghina kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi negara apatah lagi di dalam bulan Ramadhan yg mulia ini dengan mengenakan tindakan yg paling tegas iaitu dengan melucut kewarganegaraan mereka agar kesalahan seperti ini tidak diulangi lagi dan menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada rakyat Malaysia yg lain.

Friday, July 5, 2013

Sokong Lupus Bayaran Muka Beli Rumah

Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) yang merupakan NGO yg terlalu dekat dengan jiwa anak muda, menyokong sepenuhnya syor dan cadangan yang telah dibahaskan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat agar bayaran muka beli rumah dilupuskan supaya dapat memberi peluang kepada golongan anak muda memiliki rumah. Cadangan ini amat bermakna bagi anak muda memandangkan harga rumah terlalu tinggi dan bayaran deposit yg terlalu tinggi adalah merupakan antara faktor penghalang anak muda memiliki rumah. Pihak bank juga disyorkan agar mengendurkan sedikit prosedur kelulusan pinjaman bank bagi anak muda yang Pertama kali membeli rumah. Pihak kerajaan juga digesa mengenakan suatu akta dan undang2 agar pihak yang membeli rumah dilarang sama sekali menjual rumah mereka dalam tempoh kurang 10 tahun. Golongan yg membeli rumah dan kemudian menjual dalam tempoh singkat utk meraih keuntungan yg berganda adalah merupakan antara faktor utama dan punca harga rumah melambung begitu tinggi ketika ini. 

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Sunday, June 30, 2013

Ketua Penerangan SAM1M, Muhammad Faiz Hashim On Air di MobTV


Let's Talk - BLACKOUT505 bersama Ketua Penerangan SAM1M 

LET'S TALK! Kali ini bersama Ketua Penerangan NGO Suara Anak Muda 1 Malaysia (SAM1M) Sdr Muhammad Faiz Hashim mengenai perhimpunan BLACKOUT505 yang telah dianjurkan oleh beberapa wakil parti dan NGO Pakatan Rakyat pada 22Jun lalu dii Padang Merbok. 

Sdr Muhammad Faiz SAM1M turut memberi reaksi mengenai insiden yang telah berlaku pada awal minggu ini di hadapan pintu masuk Parliamen di mana beberapa wakil NGO-NGO berhasrat untuk menyerahkan satu memorandum menyeru agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi meletak jawatan.

http://www.mobtv.my/talkshow-3531.html

1Nadi, 1Harapan, 1Suara

Friday, June 28, 2013

Blackout505 bersama Muhammad Faiz Hashim, Ketua Penerangan SAM1M


Let's Talk - BLACKOUT505 bersama Ketua Penerangan SAM1M 

LET'S TALK! Kali ini bersama Ketua Penerangan NGO Suara Anak Muda 1 Malaysia (SAM1M) Sdr Muhammad Faiz Hashim mengenai perhimpunan BLACKOUT505 yang telah dianjurkan oleh beberapa wakil parti dan NGO Pakatan Rakyat pada 22Jun lalu dii Padang Merbok. 

Sdr Muhammad Faiz SAM1M turut memberi reaksi mengenai insiden yang telah berlaku pada awal minggu ini di hadapan pintu masuk Parliamen di mana beberapa wakil NGO-NGO berhasrat untuk menyerahkan satu memorandum menyeru agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi meletak jawatan.

http://www.mobtv.my/talkshow-3531.html

1Nadi, 1Harapan, 1Suara
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, June 4, 2013

Nik Abduh Persoal Anwar Ibrahim?



Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus giat merancang perhimpunan Blackout 505 menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13),Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula menerima kekalahan pakatan pembangkang dan menyifatkannya sebagai takdir Allah. Malah,Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menyatakan tidak terkejut dengan keputusan pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan sekali gus menafikan impian Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri. "Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan (5 Mei lalu) adalah tidak mengejutkan saya.Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan Pas.Keputusan PRU-13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat pakatan pembangkang.Pas melalui Presidennya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah," katanya. 

Nik Abduh turut menyentuh prestasi pembangkang di Sabah dan Sarawak yang kekalahan pembangkang di kedua-dua negeri itu membayangkan kelemahan jentera Anwar.Kekalahan pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak jelas beliau,telah melenyapkan harapan pembangkang untuk memenangi Putrajaya seterusnya membentuk kerajaan meskipun berjaya menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung.Dalam nada sinis,Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.""Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung.Sepanjang saya berguru dengan TGNA (Tuan Guru Nik Aziz),TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan guru politik dalam Pas,saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.Ya,DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan Pas dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah Pas.Tetapi,saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung Pas," katanya.

Beliau sehubungan itu menempelak ahli dan pendukung Pas yang sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjurkan Abdul Hadi sehingga menganggap kekalahan pilihan raya lalu sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang didakwa mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Saya sukar memahami sesetengah ahli Pas tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi.Sama ada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung Pas sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI,saya tangguhkan buat sementara kerana mungkin juga kedua-duanya bersalah," katanya.Nik Abduh turut mengakui Pas masih gagal memikat undi orang Melayu di seluruh negara termasuk kegagalan parti itu membantu sekutunya PKR mengekalkan tiga kerusi Parlimen di Kelantan yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.Menurut beliau,Dewan Pemuda Pas sekitar tahun 2010 telah merumuskan bahawa Pas mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang didakwa masih liat untuk berubah.Dalam rumusan tersebut katanya,Dewan Pemuda Pas juga mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang Melayu agar Pas dilihat mampu menggantikan UMNO.Pas perlu bertegas dengan isu orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya Pas hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa rasis UMNO.Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada Pas," katanya lagi merujuk kepada rumusan sayap Pas itu. Nik Abduh turut menegaskan bagaimana Dewan Pemuda Pas telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam serta yakin memperolehi hasil yang agak positif –Utusan

Monday, June 3, 2013

Muhammad Faiz Hashim, Ketua Penerangan SAM1M buat laporan polis Wanita Hina Agung

Suara Anak Muda 1Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia (Pahang) membuat laporan polis berhubung kenyataan pengguna Facebook yg bernama Melissa Gooi dan beberapa individu yg menghina dan mempermainkan Yang DiPertuan Agung. Laporan Polis diketuai oleh Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Muhammad Faiz Hashim. Turut sama membuat laporan polis Suara Anak Muda 1Malaysia (Pahang) yg diwakili Saudara Abdul Aziz. Laporan polis ini dibuat bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yg sewajarnya bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Tuanku adalah payung rakyat dan lambang perpaduan rakyat yg perlu kita Pertahanan sepertimana yg termaktub Dalam perlembagaan. Kalau tak menghormati Agung dan Raja2, tidak mahu mengiktiraf kewujudan Agung dan Raja2, maka eloklah dilucutkan taraf warganera Malaysia dan pergi lah duduk di Negara2 yg tidak ber Raja yg mereka Suka. Kami NGO yg mewakili suara anak Muda akan terus mempertahankan institusi diraja walau apa jua rintangannya


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Muhammad Faiz Hashim, Ketua Penerangan SAM1M buat laporan polis Wanita Hina Agung

http://www.youtube.com/watch?v=H053JAQnsAI&sns=em

Wednesday, May 15, 2013

Senarai Penuh Exco Pahang

Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pahang hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini pada pukul 11 pagi.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin; Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak (Benta); Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai); Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Tioman, Datuk Mohd. Johari Hussain; Norul Azali Sulaiman (Guai); Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul); Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau) dan Datuk Shahiruddin Ab. Moin (Dong).
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 14, 2013

Renungan Untuk Sahabat Berbangsa Cina

Renungan Utk Sahabat Berbangsa Cina

Kepada rakan2 yg berbangsa Cina. Sedarlah, sesungguhnya anda telah dipergunakan. Anda telah dipergunakan sebagai alat utk menghidupkan sentimen perkauman, anda telah dipergunakan utk memecahbelahkan perpaduan yg selama ini dibina. Anda telah ditiupkan api kebencian yg terlalu tinggi semata-mata kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.

Adakah Kerajaan Malaysia ini zalim? Adakah kerajaan Malaysia menyekat kepentingan perniagaan anda? Adakah pendidikan utk sekolah cina dihapuskan? Adakah kerajaan menyekat anda mengamalkan budaya dan adat resam anda? Adakah kerajaan merobohkan tokong2 anda? Adakah anda tidak boleh menggunakan nama2 cina utk anak2 anda? Adakah anda tidak boleh merayakan perayaan anda? Di mana zalim nya kerajaan Malaysia? Kenapa perlu 'Tukar' dan 'Ubah' di saat negara Malaysia telah aman damai, rakyat pelbagai kaum hidup harmoni dan Malaysia mendapat pujian di Seluruh dunia dengan pelbagai aspek kejayaan.

Tahukah anda? Jika anda ditakdirkan hidup di Indonesia, anda tidak boleh menggunakan nama cina, sekolah cina tidak boleh didirikan, pengamalan serta budaya dan adat resam anda cukup terbatas dan sewajarnya anda patut bersyukur hidup di bumi Malaysia yg bertuah ini dengan hidup berbilang kaum yg tolenrasi dan bertolak ansur.

Anda sering melaungkan menegakkan kemakmuran, keamanan dan keadilan. Tetapi sedarkah anda bahawasanya tindak tanduk anda yg telah diperalatkan ini dengan membuat demonstrasi jalanan di Seluruh Negara ini bakal merosakkan keamanan dan kemakmuran serta boleh mencetuskan huru hara jika disebelah pihak lagi bertindak balas. Adakah Malaysia ini masih tidak adil lagi bagi anda setelah segala kekayaan negara dan kuasa ekonomi berpihak kepada kaum anda?

Mahu membina sebuah negara yg terbaik dengan pelbagai kaum hidup bersatu padu, kemakmuran, keamanan, kestabilan serta kejayaan mengambil masih berpuluh tahun utk membinanya, tetapi jika mahu memusnahkannya hanya sekelip mata sahaja.

Marilah kita sama2 kekalkan keamanan yg ada, kekalkan kemakmuran, kekalkan kestabilan, kekalkan perpaduan, tolak politik kebencian, tolak politik yg ganas, tolak politik dendam yg sentiasa tidak berpuas hati serta tolak demonstrasi jalanan yg boleh menghuru harakan agar Negara Malaysia terus maju kehadapan dengan segala kegemilangan terus bersama kita Rakyat Malaysia yg berbilang kaum.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 11, 2013

Demo Bantah Keputusan PRU13: Pakatan Rakyat, Perguna Rakyat (PR)

Pakatan Rakyat, Perguna Rakyat (PR)

Demonstrasi membantah keputusan pilihanraya umum ke 13 yg dianjurkan oleh SAMM dihadapan pejabat SPR dan beberapa siri demontrasi lain membantah keputusan PRU13 adalah merupakan suatu tindakan yg biadap serta mencabar lunas undang2 negara. Tindakan tersebut sengaja mahu mencetuskan provokasi dengan harapan supaya ada tindakbalas daripada pihak keselamatan ataupun tindakbalas drp parti lawan supaya dgn cara itulah kononnya pihak yg berkepentingan ini akan mendakwa mereka ditindas dan meraih simpati rakyat. Satu tindakan yg tidak bertamadun dan sengaja mahu mencetuskan huru hara ala2 'Arab Spring'. Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak menghormati kedaulatan undang2 negara malah memperguna dan mengheret rakyat ke kancah huru hara. Eloklah jika PAKATAN RAKYAT tu di tukar namanya dengan PERGUNA RAKYAT. Memperguna mahasiswa dan anak muda dengan tujuan yg salah serta mendidik mereka menjadi sikap kurang ajar dan biadap semata-mata demi kepentingan politik peribadi yg sepatutnya mahasiswa dan anak muda dididik dgn nilai2 murni, hemah budi pekerti serta lebih menumpukan kejayaan dalam pelajaran bukannya membuang masa seperti berdemonstrasi. Jika SPR masih tidak telus kenapa Pematang Pauh boleh menang? Gelang Patah boleh menang? Fikir2kan dan nilailah. Rakyat yg bijak serta rasional dalam membuat pertimbangan sesekali tidak akan diperalatkan oleh Parti Perguna Rakyat seperti Pakatan Rakyat ini.


Muhammad Faiz Hashim
(Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia - SAM1M)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, April 21, 2013

MB Pahang, Calon BN Parlimen Indera Mahkota dan Calon BN DUN Beserah turun bertemu jentera di DUN Beserah

Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob bersama Calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat dan Calon BN DUN Beserah Dato Mohd Hazmi Yusof beramah mesra bersama jentera utama BN DUN Beserah termasuk parti-parti komponen.

Perjumpaan ini akan menjadi penyuntik semangat bagi memastikan Parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah akan kembali kepada Barisan Nasional
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wargamas Pengidap Penyakit Kanser Kulit mendapat perhatian Calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Wan Mamat dan Calon DUN Semambu, Dato Phang Tsu Ming

Calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Wan Mamat dan Colon BN DUN Semambu Dato Phang Tsu Ming menziarahi wargamas Hj Hamdan Bin Hj Mat Salih yg mengidap penyakit kanser kulit di Bukit Sekilau
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 19, 2013

Calon P082 Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat

Calon P082 Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 18, 2013

PANAS! Fauzi Tarik Diri Bertanding Menjadi Calon PKR di Indera Mahkota?

PANAS! Fauzi Tarik Diri Bertanding Menjadi Calon PKR di Indera Mahkota?

Itu desas desus yang mula bermain dikalangan ahli - ahli PKR Kuantan sejak sehari dua yang lalu. Dengar kata, Datuk Fauzi tak jadi nak bertanding.

Cerita mengenai perkara tersebut mula berkumandang selepas pengumuman calon - calon Barisan Nasional Pahang yang dibuat Selasa lalu.

Sebelum ini, Fauzi telah dinobatkan oleh Ketua Umum PKR bahawa dia akan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota bagi menggantikan Azan Ismail.

Dalam pengumuman yang dibuat ketika mengadakan ceramah itu, rata - rata ahli PKR menyambutnya dengan sorakkan 'Boo...' sebagai tanda protes.

Ekoran pengumuman itu juga, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota telah meletakkan jawatan dan keluar parti bersama - sama 300 orang pengikutnya.

Dari apa yang dijelaskan oleh mereka, ternyata mereka sendiri kecewa apabila PKR tidak menamakan pemimpin tempatan untuk bertanding dikawasan tersebut.

Malah, tambah mereka, PKR dengan terang - terangan meminggirkan kaum India dengan mencalonkan Fauzi. Mereka masih lagi bergantung harapan kepada Azan.

Bagi mereka, biarlah Azan yang bertanding asalkan bukan Fauzi. Sekurang - kurangnya, Azan masih lagi mengambil berat terhadap kaum India dikawasan tersebut.

Nak pulak bila nama Dato Wan Adnan, Exco Kerajaan Negeri Pahang dicalonkan bagi merebut semula kerusi Parlimen tersebut mewakili Barisan Nasional.

Dato Wan Adnan pernah menjadi Timbalan Ketua Bahagian sewaktu Fauzi masih lagi Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Perkara itu dianggap satu cabaran besar buat Fauzi.

Kemungkinan besar nama Fauzi akan digugurkan dan diganti dengan orang lain dalam masa terdekat seterusnya mengiyakan kenyataan Dato Sri DiRaja MB Pahang.

Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, YAB Menteri Besar Pahang telah menyatakan bahawa kebarangkalian PKR tukar calon akan berlaku.

Dan ianya semakin dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya insiden baru - baru ini. Fauzi dilihat meninggalkan majlis sebaik sahaja Wan Azizah, Presiden PKR sampai.

Ura - ura mengatakan yang Fauzi akan berpindah ke Paya Besar memandangkan Cabang tersebut kini menjadi liabiliti besar kepada jentera PKR.

Perkara tersebut berlaku apabila nama Hidayah Murni diumumkan sebagai calon dan seterusnya menyaksikan reaksi pantas dari Ketua Cabang PKR Paya Besar sendiri.

Pengumuman itu telah membuatkan Ketua Cabang dan Ketua AMK Paya Besar membuat kenyataan yang mereka akan bertanding Bebas.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda PKR Pahang hari ini semakin hari semakin kronik. Hakikatnya, mereka bertanding bukanlah dengan tujuan untuk memperjuangkan rakyat. Sebaliknya hanya untuk kepentingan diri sendiri!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TERKINI ! BN PAHANG UMUM PERTUKARAN CALON PARLIMEN & DUN

TERKINI ! Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan tiga pertukaran calon membabitkan kerusi Parlimen Lipis, DUN Padang Tengku dan DUN Bebar.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Parlimen Lipis akan ditandingi Datuk Abdul Rahman Mohamad menggantikan Datuk Dr. Shahrom Osman dan tempat Abdul Rahman di Padang Tengku diambil alih oleh Naib Ketua Bahagian Llipis, Datuk Mustapha Long.

"Di DUN Bebar, Pengerusi Jawatankuasa Pemilih dan Pengundi Baru UMNO Bahagian Pekan, Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff menggantikan Ibrahim Awang Ismail.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 15, 2013

Senarai Penuh Calon Barisan Nasional (BN) Pahang, Pilihanraya Umum Ke 13

Senarai Calon BN Pahang Pilihanraya UMUM Ke-13

1. Parlimen Kuantan
Dato Mohd Suffian Awang
DUN Teruntum chang hoon seong
DUN Tg Lumpur Tengku Dato Dzulkifli
DUN Inderapura Dato Shafik Fauzan Sharif

2. Parlimen Indera Mahkota
Dato Wan Adnan Wan Mamat
DUN Semambu Dato Phang Tsu Ming
DUN Beserah Dato Mohd Hazmi Yusof

3. Parlimen Paya Besar
Dato Abdul Manan Ismail
DUN Panching Dato Mohd Zaili Besar
DUN Sg Lembing Dato Mohd Shohaimi Mohd Shah
DUN Lepar Mohd Suhaimi Jusoh

4. Parlimen Pekan
Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
DUN Chini Dato Abu Bakar Harun
DUN Bebar Ibrahim Awang Ismail
DUN Pulau Manis Khairudin Mahmud
Peramu jaya Dato Sheikh Fuzi

5. Parlimen Temerloh
Dato Saifuddin Abdullah
DUN Semantan Mohd Anuar Yunus
DUN Lanchang Dato Mohd Sharkar Shamsuddin
DUN Mentakab Chua Boon Seng

6. Parlimen Maran
Dato Hj Ismail
DUN Luit Norhidayah Mohd Suhaimi
DUN Chenor Mohd Ariffin Awang Ismail
DUN Kuala Sentul Dato Shahaniza shamsudin

7. Parlimen Jerantut
Ahmad Mazlan Idris
DUN Tahan Wan Amizan Wan Razak
DUN Pulau Tawar Dr Mohd Shukri Ismail

8. Parlimen Bera
Dato Seri Ismail sabri Yaakob
DUN Guai NorolAzali
DUN Triang
DUN Kemayan Mohd Fadhil Osman

9. Parlimen Kuala Lipis
Mohd Shahrom Osman
DUN Padang Tengku Dato Abdul Rahman Mohamad
DUN Jelai Dato Mohd Soffi Abd Razak

10. Parlimen Raub
Dato Ho Kai Mun
DUN Ulu Dong Dato Shahirudin Moin
DUN Batu Talam Dato Abdul Aziz Mat Kiram

11. Parlimen Bentong
Dato Seri Liow Tiong Lai
DUN Pelangai Dato Seri Hj Adnan Yaakob


12. Parlimen Cameron Highlands
Dato G palanivel
DUN Tanah Rata Hoo Yi Kup
DUN Jelai Dato Wan Rosdy Wan Ismail

13. Parlimen Kuala Krau
Dato Ismail Mohd Said
DUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad
DUN Jengka Wan Salman Wan Ismail
DUN Jenderak Dato Mohd Jaafar

14. Parlimen Rompin
Dato Seri Dr Jamaludin Jarjis
DUN Tioman Kapten(B) Dato Mohd Johari
DUN Bukit Ibam Wan Kadri
DUN Muadzam Shah Dato Maznah Mazlan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone