Wednesday, September 25, 2013

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia daripada Pahang

Assalamualaikum, mohon sokongan dan undi perwakilan dan sahabat di Seluruh Malaysia agar mengundi Muhammad Faiz Hashim No. Calon 61 untuk Exco Pemuda UMNO Malaysia.

'Budi Dikenang, Amanah Dijunjung' insyaallah, undi yang diberi tidak akan dipersiakan dan calon ini akan galas tangungjawab dan amanah yg diberikan sebaiknya. Insyaallah.

Tuesday, September 24, 2013

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia No. 61 Faiz Hashim

Mohon sokongan dan undi sahabat semua untuk memilih Saudara Muhammad Faiz Hashim Calon No.61 daripada Pemuda UMNO Pahang. 

Insyaallah, undi yang diberi tidak akan dipersiakan dan yakin calon ini akan menjalankan amanah dan tangungjawabnya sebaik mungkin.

Saturday, September 21, 2013

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia No. 16 61 Fathul Bari & Faiz Hashim

Assalamualaikum, mohon sokongan dan sahabat perwakilan semua untuk mengundi Calon No.16 Ustaz Fathul Bari dan Calon No. 61 Muhammad Faiz Hashim (wakil Pemuda Pahang).

#UNDI 16 61 Fathul Bari & Faiz Hashim

Terima kasih di atas sokongan sahabat perwakilan sekalian.

Wednesday, September 18, 2013

Tuesday, September 17, 2013

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Faiz Hashim sahkan diri bertanding

Muhammad Faiz Bin Hashim mengesahkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Exco Pemuda UMNO Malaysia pada kali ini apabila mengambil borang pencalonan bertanding semalam. Beliau yang berjawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota ketika ini yang juga aktif dalam beberapa pertubuhan NGO yang juga menjawat jawatan peringkat Nasional sebagai Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) dan peringkat negeri selaku Ketua Penerangan Perkasa Pahang. Penawaran ini dibuat bagi memperjuangkan nasib golongan anak2 muda lebih2 lagi di peringkat bawahan dan pertengahan dimana survival hidup anak2 muda pada hari ini semakin mencabar dan perlu diperjuangkan. Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin muda, suatu ketika dahulu, beliau pernah merasai kesusahan dan keperitan hidup dan pengalaman yg amat bermakna ini lah akan digunakan oleh beliau sebagai penyuntik semangat membela nasib golongan susah di kampung dan membela nasib survival anak muda di bandar.

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim

Muhammad Faiz Hashim, mengambil borang pencalonan bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Exco Pemuda UMNO Malaysia

Tuesday, September 10, 2013

Bajet 2014 Perlu Mesra Kebajikan Rakyat

Pembentangan Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan bulan depan diharapkan agar lebih kepada bajet yang lebih mesra kepada Kebajikan. Ini memandangkan tahap kehidupan ekonomi rakyat terutama dibandar-bandar utama terutama survival golongan anak-anak muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga amat sulit ketika ini. Cabaran dan kos saraan hidup yang tinggi amat memerlukan sentuhan daripada pihak kerajaan menjiwai, mendengar rintihan hati dan merasai sendiri denyut nadi mereka ini. Rakyat dan golongan anak muda tidak menolak pembangunan dan kemodenan serta kepesatan kecanggihan yang ada. Tapi, apalah erti sebuah pembangunan sekiranya tahap sosial ekonomi rakyat berada di bawah. Adalah lebih baik sekiranya pembangunan yg ada di negara kita pada hari ini Seiring dengan tahap sosial ekonomi rakyat. Cukup dah dengan pembangunan yang ada di negara kita pada hari ini sehingga berada di tahap antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas dan sebagainya. Cuma Bajet 2014 pada kali ini, bajet untuk pembangunan biarlah dikurangkan dan bajet untuk Kebajikan rakyat sepatutnya dilebihkan. Selama ini, projek pembangunan lebih menguntungkan siapa? Bangsa apa yg lebih mendapat manfaat? Golongan mana? Tepuk dada tanya hati. Semoga Bajet 2014 pada kali ini adalah bajet yang mesra Kebajikan Rakyat, Mesra survival anak muda dan mesra golongan bawahan dan pertengahan sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini masih relevan untuk dikekalkan pada penggal mendatang.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Thursday, September 5, 2013

Golongan Pertengahan Perlu diberi perhatian

Golongan berpendapatan pertengahan yang merupakan pembayar cukai pendapatan paling ramai dan juga boleh dianggap sebagai golongan penentu kemenangan sesebuah parti yang akan menguasai kerajaan. Justeru itu, tindakan  kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan yang berpendapatan RM2500 hingga RM5000 sebulan adalah amat bertepatan. Sebahagian daripada golongan ini adalah merupakan anak muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Kebanyakan intelektual dan golongan professional juga tergolong dalam golongan ini. Golongan ini juga adalah merupakan golongan yang kurang mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan berbanding golongan atasan dan golongan bawahan. Justeru itu tidak pelik sekiranya golongan dari golongan ini lah yang rata-rata menyokong pembangkang kerana mereka merasakan seolah olah nasib mereka terabai dan rintihan hati mereka tidak didengari. Secara mata kasar seolah-olah macam banyak pendapatan RM5000, tapi bila ditolak dengan kos Sara hidup yang semakin tinggi, membuat simpanan pun mereka tak mampu. Sentiasa terikat membayar hutang pinjaman sehingga habis hayat. Sebab itulah golongan ini cepat tersentuh dan tersinggung apabila berlaku kenaikkan harga minyak, kenaikkan harga barangan, tambahan pula jika musim perayaan dan pembukaan baru persekolahan, sudah tentu golongan seperti ini akan berasa semakin tertekan. Tindakan kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan amatlah bertepatan dan disokong sepenuhnya dan yakin jika terlaksana dengan jayanya dengan mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan, golongan pertengahan ini akan bangkit dan kembali yakin dengan kepimpinan dan pentadbiran oleh Kerajaan Sedia ada. Hati yang merajuk jika dipujuk akan kembali bertaut sepenuh hati.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)