Monday, March 25, 2013

SAJAK PEJUANGKU

SAJAK: PEJUANGKU

'KAMI ORANG-ORANG POLIS TIDAK AKAN MENYERAH DIRI
BIAR KAMI MATI DI SINI
BUKIT KEPONG MENJADI TANAH KUBUR KAMI'

(PETIKAN KATA FILEM BUKIT KEPONG)

BUKIT KEPONG, LAHAD DATU MENJADI SAKSI
MENJADI SAKSI GUGURNYA JASAD PEJUANG PERTIWI
MENJADI BUKTI BERJUANG TANPA RASA GENTAR DIHATI
SEMANGAT JUANG YANG KENTAL DI SANUBARI
MENJADI IKHTIBAR DAN SEJARAH HARI INI

PEJUANGKU,
TATKALA AKU TIDUR NYENYAK BERALASKAN TILAM DAN BANTAL YANG EMPUK
DIKAU HANYA SEKADAR TIDUR-TIDUR AYAM BERALASKAN AKAR-AKAR KAYU
TATKALA AKU MENJAMU SELERA DENGAN PELBAGAI JUADAH YANG LAZAT
DIKAU HANYA MENJAMAH SEKEPING ROTI PENERUS KUDRAT
TATKALA ,MALAMKU DITERANGI LAMPU-LAMPUAN
DIKAU HANYA DITEMANI SINAR CAHAYA REMBULAN
TATKALA ANGGOTA TUBUHKU SEMPURNA CUKUP SIFAT
DIKAU CACAT TANPA RASA KESAL

LIHATLAH PEJUANGKU
LIHATLAH PEJUANGKU INI
LIHATLAH RIAK WAJAHNYA
LIHATLAH ANGGOTA TANGANNYA
LIHATLAH SEPASANG KAKINYA

ADAKAH KITA RASA KEPERITANNYA?
ADAKAH KITA RASA KESAKITANNYA?
ADAKAH INI SEMUA SANDIWARANYA?
ADAKAH MEREKA INI ORANG-ORANG YANG HINA?

KEPADA PEJUANG –PEJUANG YANG TELAH GUGUR
BAGAIMANAKAH NASIB KELUARGAMU?
BAGAIMANAKAH NASIB ISTERIMU?
BAGAIMANAKAH NASIB ANAK-ANAKMU?
TIDAK BERSUAMI……………!!
TIDAK BERAYAH……………..!­!
ADAKAH KITA SEMUA MERASAKANNYA?

NAMUN PEJUANGKU TIDAK PERNAH KENAL ERTI SESAL
PEJUANGKU TIDAK PERNAH MERINTIH
SEMATA-MATA UNTUK MEMBELA KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN PERTIWI

HARI INI PEJUANGKU DIHERDIK!
HARI INI PEJUANGKU DISINDIR!
DEK KERANA KEPENTINGAN POLITIK YANG JIJIK!
JIJIK! SUNGGUH JIJIK!!

AYUH BANGSAKU, AYUH ABANGKU, AYUH KAKAKKU, AYUH ADIK-ADIKKU
BANGKITLAH……………­.BANGKITLAH !!!!
MASANYA TELAH TIBA
KITA BERJUANG BERMATI-MATIAN BERSAMA PEJUANGKU
KITA TUMBANGKAN MUSUH JAHANAM
KITA SINGKIRKAN POLITIKUS DURJANA
KITA HALAU KELUAR SEMUA PETUALANG
AGAR KEAMANAN DAN PERPADUAN
TERUS TERPELIHARA

AYUH SEMUA HADIRIN KITA BERDIRI
DAN KITA BERIKAN SATU TABIK HORMAT KEPADA PEJUANG YANG TELAH PERGI
HIDUP PEJUANG !!!
HIDUP PEJUANG !!!
HIDUP PEJUANG !!!


DIDEKLAMASIKAN DAN DIKARANG KHAS OLEH : MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM (KETUA PENERANGAN PERKASA PAHANG)

DI MAJLIS RAMAH MESRA VETERAN POLIS KUANTAN BERSAMA YAB MENTERI BESAR PAHANG, DATO SERI DIRAJA HJ ADNAN BIN HJ YAAKOB

SEMPENA MENYAMBUT HARI POLIS KE 206 DAN MEMPERINGATI PEJUANG-PEJUANG­ YANG TELAH GUGUR DALAM PERISTIWA DI LAHAD DATU DAN BUKIT KEPONG.'


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, March 17, 2013

Kejohanan Bolasepak Pantai Anjuran Pemuda UMNO Indera Mahkota

Kejohanan Bolasepak Pantai Anjuran Pergerakkan Pemuda UMNO Indera Mahkota yg diadakan di Kuantan Challenge, Pusat Rekreasi Balok mendapat sambutan yg begitu baik dikalangan anak2 muda di sekitar Parlimen Indera Mahkota.

Sebanyak 36 Pasukan bertanding bagi membawa pulang hadiah berupa hamper dan wang ringgit.

Hadiah disampaikan oleh Exco Belia dan Sukan, Dato Wan Adnan Wan Mamat. Turut hadir memeriahkan majlis Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Dato Suhaimi Sulong
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 7, 2013

Kenyataan Media Perkasa Pahang: Anwar Ibrahim Tukar Pendirian Sedia Sokong Operasi LYNAS.

Kenyataan Media Perkasa Pahang: Anwar Ibrahim Tukar Pendirian Sedia Sokong Operasi LYNAS.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikap seperti 'sesumpah' selepas menyatakan kesediaan membenarkan operasi kilang nadir bumi, Lynas Corporation Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan, Pahang ketika bercakap kepada portal berita The Sydney Morning Herald (SMH).

Kenyataan Ketua Pembangkang itu berbeza dengan ucapan beliau akan menghentikan operasi kilang berkenaan jika PR memerintah.Malah, jaminan itu turut dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini.

Ternyata apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini adalah sesuatu yg terdesak semata2 utk meraih undi. Pihak Anti LYNAS, Himpunan Hijau, Save Malaysia telah gagal dalam propaganda jahat mereka. Rakyat Kuantan terutama yang di duduk disekitar Gebeng, Sg Ular dan Kg Selamat Pelabuhan menolak mentah2 agenda jahat mereka semua ini yang ternyata mempunyai niat tersembunyi melalui Isu Lynas yg sengaja dipolitikkan. Malah dengan kehadiran org luar terutama berbangsa cina yg entah darimana datang membuat kacau di tempat mereka menambahkan lagi kebencian warga setempat dengan agenda jahat Pakatan Rakyat melalui Isu Lynas.

Kini terbukti dan telah pun terjawab bahawasanya sememangnya LYNAS itu Selamat dan hanya sebuah Kilang Kimia Biasa. Anwar Ibrahim terperangkap dengan permainannya sendiri ibarat meludah ke langit terkena diri sendiri.

Sy berharap dengan pendedahan ini, agar rakyat, terutama masyarakat cina supaya jangan tertipu lagi dgn segala dakyah dan propaganda jahat PR. Negara kita telah membangun, ekonomi baik, nak berniaga dan menguruskan kehidupan seharian pun kita bebas melakukan apa saja dengan aman damai. PR tidak mampu mentadbir negara dgn baik. PR hanya tahu merosak dan menjahanamkan negara demi cita2 politik peribadi Anwar Ibrahim.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, March 3, 2013

Himpunan Aman NGO2 Pahang berhubung Pendedahan Perisikan Filipina Melaporkan Pembangkang di Malaysia terlibat menjadi DALANG dalam tragedi di Tanduo Lahad Datu.

Ketua Penerangan Perkasa Pahang, Muhammad Faiz Hashim mengetuai Demo Aman NGO2 Pahang berhubung Maklumat pendedahan perisikan Filipina yg melaporkan pembangkang di Malaysia ada terlibat menjadi DALANG dalam tragedi di Tanduo Lahad Datu.

NGO2 Pahang mendesak pihak berkuasa menyiasat segera perkara ini dan kita mahu Petualang Negara ini diheret kemuka pengadilan.

NGO2 Pahang turut mengecam kenyataan Tian Chua yg mengatakan insiden di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO. Kenyataan ini sekaligus telah menguris perasaan ahli keluarga pasukan keselamatan yg telah gugur kerana bertungkus lumus mempertahankan keamanan negara.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 1, 2013

Bala Tuduh Najib Bunuh Altantuya! Mana Buktinya! -Perkasa Pahang

Bala Tuduh Najib Bunuh Altantuya! Mana Buktinya! -Perkasa Pahang

28 Feb 2013 Jam 3 ptg Perkasa Pahang yang diketuai Ketua Penerangannya Muhammad Faiz Hashim membuat laporan polis berhubung dakwaan dan fitnah yg dibuat oleh P Balasubramaniam yg menuduh Perdana Menteri Dato Seri Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantantuya.

Mana buktinya!! Apa motifnya berceramah kesana sini jika Buktinya tiada! Sengaja mahu mencetuskan situasi ketegangan dikalangan rakyat dan merosak keharmonian masyarakat.

Dato Seri Najib dah bersumpah di dalam Masjid tidak mengenali Altantuya dan membuat penafian di dalam Dewan Rakyat! Jadi apa lagi?? Sumpah dalam Masjid, bukan boleh main2 !!


Sumber lain:

http://www.bharian.com.my/articles/AmbiltindakanbekaspenyiasatfitnahPM/Article/

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone