Monday, December 16, 2013

Terima Kasih Sukarelawan Banjir Pemuda Indera Mahkota

Terima kasih kepada semua sukarelawan drp Pemuda UMNO Indera Mahkota yg bertungkus lumus membantu mangsa banjir drp awal hinggalah kepada kerja2 akhir tanpa mengira tenaga, masa, wang ringgit mahupun fahaman politik. Biarpun berbeza fahaman politik, atas dasar kemanusiaan kami tetap membantu seikhlas hati.  Walau khidmat kami semua ini tak berbayar namun kami tetap berasa puas. Kami tak minta pujian jauh lagi utk disanjung walau tiada yg tahu kami sanggup tinggalkan anak dan isteri, jadual makan yg tidak menentu, tidur yg tidak mencukupi demi menyelamat dan membantu mangsa banjir yg ditimpa musibah. Semoga Allah swt memberi kekuatan dan semangat kepada kami semua utk terus berjuang.

Sukarelawan Pemuda UMNO Indera Mahkota, yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Sdr Muhammad Faiz Hashim telah menggerakkan jentera sukarelawan nya sejak awal banjir lagi.Daripada usaha menyelamat, operasi memindahkan mangsa di pusat pemindahan banjir di Cenderawasih ke SUKPA, memberi bantuan makanan dan keperluan, menghantar sumbangan ke rumah-rumah mangsa sehinggalah operasi membersihkan rumah dan bangunan awam.

Sesungguhnya, pengalaman yang berguna ini amat bermakna bagi kami semua dalam sejarah banjir terburuk di Negeri Pahang. Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang atas sumbangan dan keprihatinan, YM Tengku Muda Pahang bersama isterinya Cik Puan Julita Aishah yg sudi mencemar duli melawat serta memberi sumbangan, Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaludin, Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda UMNO Pahang, Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Pemuda UMNO Bentong, Pemuda UMNO Padang Rengas, UMNO Shah Alam, MAYC Malaysia, Kerajaan Negeri Pahang, MPK, RELA, JKM, BOMBA, JPAM dan semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Insyaallah, Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO Indera Mahkota ini akan terus berkhidmat pada masa2 akan datang bukan sahaja dalam misi banjir, malah dalam semua misi yang melibatkan bencana alam.