Sunday, April 21, 2013

MB Pahang, Calon BN Parlimen Indera Mahkota dan Calon BN DUN Beserah turun bertemu jentera di DUN Beserah

Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob bersama Calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat dan Calon BN DUN Beserah Dato Mohd Hazmi Yusof beramah mesra bersama jentera utama BN DUN Beserah termasuk parti-parti komponen.

Perjumpaan ini akan menjadi penyuntik semangat bagi memastikan Parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah akan kembali kepada Barisan Nasional
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wargamas Pengidap Penyakit Kanser Kulit mendapat perhatian Calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Wan Mamat dan Calon DUN Semambu, Dato Phang Tsu Ming

Calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Wan Mamat dan Colon BN DUN Semambu Dato Phang Tsu Ming menziarahi wargamas Hj Hamdan Bin Hj Mat Salih yg mengidap penyakit kanser kulit di Bukit Sekilau
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 19, 2013

Calon P082 Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat

Calon P082 Parlimen Indera Mahkota, Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 18, 2013

PANAS! Fauzi Tarik Diri Bertanding Menjadi Calon PKR di Indera Mahkota?

PANAS! Fauzi Tarik Diri Bertanding Menjadi Calon PKR di Indera Mahkota?

Itu desas desus yang mula bermain dikalangan ahli - ahli PKR Kuantan sejak sehari dua yang lalu. Dengar kata, Datuk Fauzi tak jadi nak bertanding.

Cerita mengenai perkara tersebut mula berkumandang selepas pengumuman calon - calon Barisan Nasional Pahang yang dibuat Selasa lalu.

Sebelum ini, Fauzi telah dinobatkan oleh Ketua Umum PKR bahawa dia akan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota bagi menggantikan Azan Ismail.

Dalam pengumuman yang dibuat ketika mengadakan ceramah itu, rata - rata ahli PKR menyambutnya dengan sorakkan 'Boo...' sebagai tanda protes.

Ekoran pengumuman itu juga, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota telah meletakkan jawatan dan keluar parti bersama - sama 300 orang pengikutnya.

Dari apa yang dijelaskan oleh mereka, ternyata mereka sendiri kecewa apabila PKR tidak menamakan pemimpin tempatan untuk bertanding dikawasan tersebut.

Malah, tambah mereka, PKR dengan terang - terangan meminggirkan kaum India dengan mencalonkan Fauzi. Mereka masih lagi bergantung harapan kepada Azan.

Bagi mereka, biarlah Azan yang bertanding asalkan bukan Fauzi. Sekurang - kurangnya, Azan masih lagi mengambil berat terhadap kaum India dikawasan tersebut.

Nak pulak bila nama Dato Wan Adnan, Exco Kerajaan Negeri Pahang dicalonkan bagi merebut semula kerusi Parlimen tersebut mewakili Barisan Nasional.

Dato Wan Adnan pernah menjadi Timbalan Ketua Bahagian sewaktu Fauzi masih lagi Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Perkara itu dianggap satu cabaran besar buat Fauzi.

Kemungkinan besar nama Fauzi akan digugurkan dan diganti dengan orang lain dalam masa terdekat seterusnya mengiyakan kenyataan Dato Sri DiRaja MB Pahang.

Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, YAB Menteri Besar Pahang telah menyatakan bahawa kebarangkalian PKR tukar calon akan berlaku.

Dan ianya semakin dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya insiden baru - baru ini. Fauzi dilihat meninggalkan majlis sebaik sahaja Wan Azizah, Presiden PKR sampai.

Ura - ura mengatakan yang Fauzi akan berpindah ke Paya Besar memandangkan Cabang tersebut kini menjadi liabiliti besar kepada jentera PKR.

Perkara tersebut berlaku apabila nama Hidayah Murni diumumkan sebagai calon dan seterusnya menyaksikan reaksi pantas dari Ketua Cabang PKR Paya Besar sendiri.

Pengumuman itu telah membuatkan Ketua Cabang dan Ketua AMK Paya Besar membuat kenyataan yang mereka akan bertanding Bebas.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda PKR Pahang hari ini semakin hari semakin kronik. Hakikatnya, mereka bertanding bukanlah dengan tujuan untuk memperjuangkan rakyat. Sebaliknya hanya untuk kepentingan diri sendiri!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TERKINI ! BN PAHANG UMUM PERTUKARAN CALON PARLIMEN & DUN

TERKINI ! Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan tiga pertukaran calon membabitkan kerusi Parlimen Lipis, DUN Padang Tengku dan DUN Bebar.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Parlimen Lipis akan ditandingi Datuk Abdul Rahman Mohamad menggantikan Datuk Dr. Shahrom Osman dan tempat Abdul Rahman di Padang Tengku diambil alih oleh Naib Ketua Bahagian Llipis, Datuk Mustapha Long.

"Di DUN Bebar, Pengerusi Jawatankuasa Pemilih dan Pengundi Baru UMNO Bahagian Pekan, Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff menggantikan Ibrahim Awang Ismail.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 15, 2013

Senarai Penuh Calon Barisan Nasional (BN) Pahang, Pilihanraya Umum Ke 13

Senarai Calon BN Pahang Pilihanraya UMUM Ke-13

1. Parlimen Kuantan
Dato Mohd Suffian Awang
DUN Teruntum chang hoon seong
DUN Tg Lumpur Tengku Dato Dzulkifli
DUN Inderapura Dato Shafik Fauzan Sharif

2. Parlimen Indera Mahkota
Dato Wan Adnan Wan Mamat
DUN Semambu Dato Phang Tsu Ming
DUN Beserah Dato Mohd Hazmi Yusof

3. Parlimen Paya Besar
Dato Abdul Manan Ismail
DUN Panching Dato Mohd Zaili Besar
DUN Sg Lembing Dato Mohd Shohaimi Mohd Shah
DUN Lepar Mohd Suhaimi Jusoh

4. Parlimen Pekan
Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
DUN Chini Dato Abu Bakar Harun
DUN Bebar Ibrahim Awang Ismail
DUN Pulau Manis Khairudin Mahmud
Peramu jaya Dato Sheikh Fuzi

5. Parlimen Temerloh
Dato Saifuddin Abdullah
DUN Semantan Mohd Anuar Yunus
DUN Lanchang Dato Mohd Sharkar Shamsuddin
DUN Mentakab Chua Boon Seng

6. Parlimen Maran
Dato Hj Ismail
DUN Luit Norhidayah Mohd Suhaimi
DUN Chenor Mohd Ariffin Awang Ismail
DUN Kuala Sentul Dato Shahaniza shamsudin

7. Parlimen Jerantut
Ahmad Mazlan Idris
DUN Tahan Wan Amizan Wan Razak
DUN Pulau Tawar Dr Mohd Shukri Ismail

8. Parlimen Bera
Dato Seri Ismail sabri Yaakob
DUN Guai NorolAzali
DUN Triang
DUN Kemayan Mohd Fadhil Osman

9. Parlimen Kuala Lipis
Mohd Shahrom Osman
DUN Padang Tengku Dato Abdul Rahman Mohamad
DUN Jelai Dato Mohd Soffi Abd Razak

10. Parlimen Raub
Dato Ho Kai Mun
DUN Ulu Dong Dato Shahirudin Moin
DUN Batu Talam Dato Abdul Aziz Mat Kiram

11. Parlimen Bentong
Dato Seri Liow Tiong Lai
DUN Pelangai Dato Seri Hj Adnan Yaakob


12. Parlimen Cameron Highlands
Dato G palanivel
DUN Tanah Rata Hoo Yi Kup
DUN Jelai Dato Wan Rosdy Wan Ismail

13. Parlimen Kuala Krau
Dato Ismail Mohd Said
DUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad
DUN Jengka Wan Salman Wan Ismail
DUN Jenderak Dato Mohd Jaafar

14. Parlimen Rompin
Dato Seri Dr Jamaludin Jarjis
DUN Tioman Kapten(B) Dato Mohd Johari
DUN Bukit Ibam Wan Kadri
DUN Muadzam Shah Dato Maznah Mazlan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Senarai Penuh Calon Barisan Nasional (BN) Pahang, Pilihanraya Umum Ke 13

Senarai Calon BN Pahang Pilihanraya UMUM Ke-13

1. Parlimen Kuantan
Dato Mohd Suffian Awang
DUN Teruntum chang hoon seong
DUN Tg Lumpur Tengku Dato Dzulkifli
DUN Inderapura Dato Shafik Fauzan Sharif

2. Parlimen Indera Mahkota
Dato Wan Adnan Wan Mamat
DUN Semambu Dato Phang Tsu Ming
DUN Beserah Dato Mohd Hazmi Yusof

3. Parlimen Paya Besar
Dato Abdul Manan Ismail
DUN Panching Dato Mohd Zaili Besar
DUN Sg Lembing Dato Mohd Shohaimi Mohd Shah
DUN Lepar Mohd Suhaimi Jusoh

4. Parlimen Pekan
Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
DUN Chini Dato Abu Bakar Harun
DUN Bebar Ibrahim Awang Ismail
DUN Pulau Manis Khairudin Mahmud
Peramu jaya Dato Sheikh Fuzi

5. Parlimen Temerloh
Dato Saifuddin Abdullah
DUN Semantan Mohd Anuar Yunus
DUN Lanchang Dato Mohd Sharkar Shamsuddin
DUN Mentakab Chua Boon Seng

6. Parlimen Maran
Dato Hj Ismail
DUN Luit Norhidayah Mohd Suhaimi
DUN Chenor Mohd Ariffin Awang Ismail
DUN Kuala Sentul Dato Shahaniza shamsudin

7. Parlimen Jerantut
Ahmad Mazlan Idris
DUN Tahan Wan Amizan Wan Razak
DUN Pulau Tawar Dr Mohd Shukri Ismail

8. Parlimen Bera
Dato Seri Ismail sabri Yaakob
DUN Guai NorolAzali
DUN Triang
DUN Kemayan Mohd Fadhil Osman

9. Parlimen Kuala Lipis
Mohd Shahrom Osman
DUN Padang Tengku Dato Abdul Rahman Mohamad
DUN Jelai Dato Mohd Soffi Abd Razak

10. Parlimen Raub
Dato Ho Kai Mun
DUN Ulu Dong Dato Shahirudin Moin
DUN Batu Talam Dato Abdul Aziz Mat Kiram

11. Parlimen Bentong
Dato Seri Liow Tiong Lai
DUN Pelangai Dato Seri Hj Adnan Yaakob


12. Parlimen Cameron Highlands
Dato G palanivel
DUN Tanah Rata Hoo Yi Kup
DUN Jelai Dato Wan Rosdy Wan Ismail

13. Parlimen Kuala Krau
Dato Ismail Mohd Said
DUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad
DUN Jengka Wan Salman Wan Ismail
DUN Jenderak Dato Mohd Jaafar

14. Parlimen Rompin
Dato Seri Dr Jamaludin Jarjis
DUN Tioman Kapten(B) Dato Mohd Johari
DUN Bukit Ibam Wan Kadri
DUN Muadzam Shah Dato Maznah Mazlan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 12, 2013

ISU AIR: Pembangkang Terdesak Undi, MB Pahang dakwa pembangkang mencari publisiti murahan

ISU AIR: Pembangkang Terdesak Undi, MB Pahang dakwa pembangkang mencari publisiti murahan


KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang memainkan isu gangguan bekalan air di daerah ini bermotifkan politik dan mencari publisiti murahan.

Katanya isu tersebut sengaja digembar-gembur oleh Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketandusan isu dan mulai sedar bahawa rakyat kini menolaknya.

"Saya tak nampak ia (masalah air) perlu digembar-gemburkan kerana enjin pam rosak apa nak buat. Sama seperti apabila kita memandu kereta rosak, tak kan nak salahkan pemandu pula.

"Bila masalah air berlaku, saya juga mengalaminya. Tidak mungkin kerajaan sengaja mahu menyusahkan rakyat terutama dekat-dekat Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sejak seminggu yang lepas pihak pembangkang kerap memainkan isu gangguan bekalan air di daerah ini sehingga mengheret masyarakat mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah hari ini.

Mengulas lanjut Adnan berkata masalah bekalan air yang berlaku minggu lalu itu bukan disebabkan ketidakcekapan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) atau salah kerajaan, tetapi kerana salah satu daripada tujuh pam di Rumah Pam Sungai Kobat rosak.

Katanya sebelum ini tujuh pam tersebut berfungsi dengan baik bagi membekalkan air kepada kira-kira 500,000 penduduk tetapi satu daripada enjin pam tersebut rosak dan menyebabkan bekalan air yang dipam ke loji penapisan di Semambu berkurangan.

"Kerajaan (negeri) juga menambah tiga lagi rumah pam baru dengan kos sebanyak RM42 juta tetapi hanya dua beroperasi kerana sebuah lagi mengalami kebocoran pada saluran paip.

"Bagaimanapun, masalah tersebut telah selesai kerana pada masa kini sebanyak sembilan pam telah beroperasi manakala sebuah lagi dijangka beroperasi awal bulan depan," katanya.

Adnan juga berkata tuduhan pembangkang dengan menyatakan masalah air di Kuantan berpunca daripada operasi kilang Lynas juga adalah tidak benar dan fitnah sama sekali.

"Kapasiti air yang dibekalkan seluruh daerah ini adalah sebanyak 330 juta liter sehari tetapi hanya digunakan sebanyak 308 juta liter kerana bakinya disimpan.

"Projek Lynas dari kedua-dua fasa hanya membabitkan 0.3 peratus. Malah, sambungan paip ke kawasan perindustrian tidak membabitkan bekalan yang disalurkan kepada penduduk seluruh daerah ini," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 10, 2013

Jangan undi PAS lagi!! Kedekut...!!

Jadi wakil rakyat perlu keluar banyak duit
KUANTAN 9 April - Seorang wakil rakyat Pas yang digugurkan daripada senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti mengakui tidak kisah kerana tugas yang dipikulnya selama lima tahun menuntut pengorbanan yang besar terutama dalam soal kewangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Syed Mohammed Tuan Lonik berkata, bukan sahaja elaun sebagai wakil rakyat, malah duit poket sendiri juga terpaksa digunakan dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.

''Elaun ADUN saya gunakan untuk bantuan kepada mangsa kebakaran, ziarah kematian dan hal-hal kebajikan lain.

"Namun jika ada masalah yang lebih besar seperti jalan rosak atau lampu jalan tidak berfungsi saya akan mengemukakan kepada kerajaan negeri melalui Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya tindakan dapat diambil kerana saya tidak mempunyai peruntukan untuk melakukannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Mohammed berkata, sebab itu, beliau telah mengemukakan hasrat kepada pemimpin Pas negeri sebelum ini untuk tidak mempertahankan kerusi itu kerana bimbang tidak dapat menunaikan amanah terhadap rakyat.

"Saya tidak berkecil hati apabila Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Timbalan Yang Dipertua Pas Indera Mahkota, Andasura Rabu sebagai pengganti saya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah," katanya.

Ditanya sama ada terdapat segelintir penyokongnya yang membantah keputusan tersebut jelasnya, perkara itu tidak timbul kerana telah menjelaskan kepada mereka hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan.

"Berilah kepada golongan muda kerana mereka mempunyai banyak idea dan kemampuan menunaikan amanah kepada rakyat. Saya pula akan meneruskan kerja-kerja parti selepas ini di Pas cawangan Balok yang saya asaskan sejak 1985," katanya.

Sementara itu, mengulas perkara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Muhammad Faiz Hashim berkata, sepanjang Syed Mohamad menjadi wakil rakyat di DUN Beserah tiada apa-apa perkhidmatan dilakukannya yang boleh dibanggakan rakyat.

"Sebab itu dia kata tidak kisah bila tidak lagi akan menjadi wakil rakyat sebab bebanan sudah tidak ada pada dia, tanggungjawab sudah lepas.

"Menjadi wakil rakyat bukan hanya kerana nama atau sebab popular, seseorang itu perlu mahir, kreatif dan tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan. Peruntukan kepada semua wakil rakyat sama saja, cuma bagaimana wakil rakyat itu menguruskan dan menggunakan duit itu.

''Mana ada wakil rakyat yang tak keluar duit poket sendiri untuk bantu kebajikan pengundi. Nama pun wakil rakyat, kenalah tolong rakyat," katanya.


http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=Utusan_Malaysia&furl&Pilihan_Raya/20130410/px_32/Jadi-wakil-rakyat-perlu-keluar-banyak-duit
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 9, 2013

Pantun PRU13

Pantun PRU13

Lambangnya Bulat,
Dikatanya Bulan,
Walhal ibarat seperti mata,
Mungkinkah si mata dajal?
Perjuangan Islamnya,
Sekadar penghalal cara,
Mengaburi mata,
Pengikut yang buta,
Hudud tak dilaksana,
Kalimah Allah dihina,
Kini perjuang negara kebajikan pula,
Kenapa ya?

Matanya satu, berkelopak pula,
Inilah bapak dajal yg punya angkara,
LGBT dijulang pemimpin durjana,
Pemimpin yg songsang menjadi idola,
Mungkinkah petanda hari nak kiamat,
Takut bala datang menimpa,
Habis musnah seluruh umat,
Kenapa ya?

Roket mencanak membawa agenda,
Menghapus segala ketuanan bangsa,
Kepentingan Islam dipijak, umat dilaga,
Kini misinya hampir berjaya,
Berjaya meliberalkan bangsa,
Berjaya mempluralismakan agama,
Tunggu saat dan ketika utk komuniskan negara.

PRU13 menjadi penentu,
Supaya kita bangun bangkit bersatu,
Tolak segala agenda yang merepek dan merapu,
Tolak segala ulama yg bertopengkan hantu,
Tolak segala pemimpin yg bermasalah tingkah laku,
Tolak segala kepincangan yg bakal berlaku,
Buat pilihan hanyalah satu,
Undi BN Negara Maju,
Undi BN Perpaduan Bersatu,
Undi BN Sejahtera selalu,
Sentiasa tersemat di hati dan sanubariku.


Dikarang oleh: Muhammad Faiz Hashim (Ketua Penerangan Perkasa Pahang)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 8, 2013

Andansura Pengkhianat Masyarakat DUN Beserah! Tidak layak menjadi wakil rakyat!

Andansura Pengkhianat Masyarakat DUN Beserah! Tidak layak menjadi wakil rakyat!

Segala teka teki telah terjawab pada hari ini. Segala permainan kotor dan gerakan berniat jahat terhurai pada hari ini. Kalau dahulu NGO2 yang kononnya memperjuangkan alam sekitar seperti Himpunan Hijau, Stop LYNAS Coalition (SLC), SAVE Malaysia dan sebagainya adalah bukan gerakan politik dan mereka pernah menafikannya tetapi hari ini segalanya telah terjawab bahawasanya sememangnya Isu LYNAS ini sengaja dipolitikkan semata-mata utk mempopularkan calon2 Anti LYNAS ini utk bertanding pada PRU13. Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yg akan bertanding di Parlimen Bentong atas tiket DAP, begitu juga Pengerusi Stop LYNAS Coalition (SLC) Andansura Rabu yang akan bertanding di DUN Beserah atas tiket PAS. Kini topeng mereka telah menjelaskan segalanya dan sememangnya mereka bukan lah pejuang alam sekitar yg sebenar, tetapi mereka adalah alat kepada Pakatan Rakyat. Jika benar mereka pejuang alam sekitar yg sebenar, sepatutnya mereka akan bertanding di atas tiket Bebas bukannya atas tiket DAP ataupun PAS!!

Ketua Umum mereka Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri dan Wong Tack sendiri telah membuat pusingan U menyatakan kesediaannya utk menerima LYNAS jika benar LYNAS terbukti selamat. Jadi Wong Tack nak memperjuangkan apa lagi? Nak perjuangkan Isu di Bukit Koman pula? Lepas tu, akhir sekali kata Bukit Koman selamat pula? Jelas Wong Tack bukan lah pejuang alam sekitar yg sebenar tetapi mempergunakan rakyat utk kepentingan peribadinya utk menjadi wakil rakyat semata-mata.

Begitu juga dengan Andansura Rabu. Andansura tidak layak menjadi hero masyarakat di DUN Beserah yg majoritinya berbangsa melayu. Andansura lebih layak digelar pengkhianat bangsa melayu dan pengkhianat masyarakat DUN Beserah dan Andansura tidak layak bertanding di DUN Beserah. Jika bekas ADUN Beserah (PAS) Tuan Syed Lonnik seorang wakil rakyat yg gagal menjalankan tangungjawabnya di DUN Beserah, Andansura Rabu boleh dikatakan lebih teruk berbanding Tuan Syed Lonnik. Sekurang-kurangnya Tuan Syed Lonnik tidak menjadi pengkhianat bangsa melayu dan pengkhianat masyarakat Beserah.

Buktinya jelas dengan apa yg berlaku semasa insiden di Pelabuhan Kuantan semasa bahan mentah LYNAS tiba di Pelabuhan. Golongan Anti LYNAS ini yg majoritinya berbangsa cina yg rata2nya bukan lah penduduk setempat yang diketuai sendiri oleh Andansura yang satu-satunya berbangsa melayu yang berada disitu utk membuat perhimpunan. Situasi tersebut ternyata mengundang rasa tidak puas hati penduduk kampung disekeliling yg terdiri daripada penduduk kg selamat pelabuhan, beserah, balok dan sg ular yg majoritinya terdiri daripada bangsa melayu.

Dalam situasi seperti ini, Adakah Andansura memperjuangkan nasib org2 kampung di DUN Beserah? Adakah Andansura membela masyarakat melayu yg majoritinya di DUN Beserah? Adakah Andansura membela nasib pekerja2 LYNAS yg majoritinya Melayu yg juga sebahagiannya terdiri daripada anak-anak orang PAS, adakah beliau akan membela periuk nasi mereka jika LYNAS dihentikan? Sedarkah wahai Andansura berapa ramai kontraktor-kontraktor PAS yang mencari sesuap nasi dengan mendapatkan projek2 di dalam LYNAS. Sesungguhnya LYNAS itu hanyalah sebuah Kilang Kimia Biasa. Dengar cakap Pakar, Jangan Dengar Kaki Auta!!

Jadi jelas lah, bahawasanya Andansura tidak layak menjadi Wakil Rakyat. Malahan Andansura juga bukan lah orang tempatan. Sikap dan tindak tanduknya amat dicurigai. Andansura ada kepentingan diri. Orang seperti Andansura amat sangsi dalam membela rakyat. Rakyat diperkudakan utk cita-cita peribadinya. Ternyata PAS tersilap percaturan dalam memilih calon seperti Andansura Rabu ini.

Saya menyeru seluruh rakyat di DUN Beserah termasuk ahli akar umbi PAS supaya menolak pemimpin seperti Andansura Rabu ini yang secara terang-terangan menjadi pengkhianat bangsa melayu dan menjadi pengkhianat masyarakat Beserah sendiri. Sesungguhnya Andansura Rabu tidak layak menjadi wakil rakyat DUN Beserah. Tolak Andansura!!


Kenyataan Media Perkasa Pahang oleh:

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Calon PAS DUN Beserah, Andasura lakukan amalan syirik!

Calon PAS DUN Beserah, Andasura lakukan amalan syirik!


Lihat Gambar ini. Gambar ini diambil semasa puak Anti LYNAS berhimpun di Pelabuhan Kuantan semasa memprotes kemasukan bahan mentah LYNAS di Pelabuhan Kuantan. Kelihatan Calon PAS DUN Beserah bersama Clement Chin dan puak-puak berhala sedang melakukan aktiviti Candlelight Vigil yang ternyata suatu perbuatan yang syirik dan haram hukumnya. Inilah yang terjadi apabila pemimpin PAS sanggup diperkudakan oleh DAP sehinggakan aqidah pun sanggup digadai.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.


Keterangan/Hujah: 
 
1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.
 
2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:


"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)
 

3.Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata;

Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak".  (Riwayat Muslim)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, April 7, 2013

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Indera Mahkota

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim memberi taklimat mengenai Bantuan Lesen 1Malaysia kepada peserta2 BL1M Indera Mahkota & Kuantan


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Manifesto BN sebuah Aku Janji, bukan seperti Manifesto PR Bukan Janji

Manifesto BN yg Dato Seri Najib bentangkan ini merupakan Akujanji BN dan bukan Manifesto kerana pembangkang menganggap Manifesto Bukan Janji. Maknanya, apa yang BN janji ini, wajib BN laksanakan sepanjang tempoh 5 tahun yang akan datang. Kita sebagai rakyat Malaysia harus memberi sokongan sepenuhnya.

Dato Seri Najib telah pun membuktikan janji2 Tranformasinya sepanjang 4 tahun menjadi Perdana Menteri. Berilah peluang kepada beliau utk membawa Malaysia ke peringkat yg lebih tinggi menuju ke sebuah negara maju

Manifesto BN menidakkan manifesto pembangkang. Manifiesto BN lebih bersifat realistik, padat dan menyeluruh serta menyentuh semua aspek ekonomi, keselamatan, alam sekitar, agama dan lain2. Kepentingan rakyat di Bandar dan diluar bandar dibela. Wanita dan belia diberi perhatian serta memenuhi citarasa pelbagai kaum.

Manifesto BN jauh lebih baik berbanding manifesto pembangkang yang lebih bersifat khayalan dan merugikan negara.
Manifesto Pembangkang hanya 'ibarat menanam tebu ditepi bibir', dan perlaksanaannya amat diragui serta tidak masuk akal dengan kesan bebanan hutang negara terpaksa ditanggung kerajaan dengan tidak langsung menyatakan sumber mana pendapatan negara yg boleh mengimbangi setiap pemberian dalam Manifesto Pembangkang.

Misalnya dalam Manifesto BN amat jelas sekali sumber pendapatan negara dalam agihan pemberian BR1M kepada rakyat. BR1M boleh dilaksanakan dengan menggunapakai sumber subsidi yg selama ini diguna dalam pemberian subsidi ke atas barangan pengguna. Ini adalah bukti sesungguhnya Kerajaan BN tidak membuat sesuatu Manifesto sesuka hati dan setiap apa yg kerajaan BN lakukan sentiasa memikirkan kaedah dalam perlaksanaannya kerana Manifesto BN adalah Aku Janji berlainan dengan Manifesto Pembangkang, Manifesto Bukan Janji.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 6, 2013

Pengasas PKR Pahang, G.Ram Ponusamy tanding Bebas lawan Fauzi di Indera Mahkota! Fauzi adalah punca PKR Pahang berpecah belah!

Pengasas PKR Pahang, G.Ram Ponusamy tanding Bebas lawan Fauzi di Indera Mahkota! Fauzi adalah punca PKR Pahang berpecah belah!


Pemilihan Pengerusi PKR negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu. 

Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G.Ram Ponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam PRU-13 di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau. 

Bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu. "Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini. 

"Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. 

Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu. Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket BN di DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12. 

Sementara itu, menurut Ram Ponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon. 
"Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi. 

"Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi III setahun selepas sahaja Dato' Fauzi dilantik mengetuai parti itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 4, 2013

Fuziah Salleh Fitnah Isu Air di Pahang

YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan (PKR) yang baru2 ini sekali lagi tampil dengan fitnah terbarunya berhubung Isu kekurangan air di Kuantan berpunca daripada penyaluran air ke Kilang LYNAS di Gebeng katanya.

Kenyataan beliau ni ternyata tidak berasas dan tidak bertangungjawab hanya semata-mata kenyataan bersifat populis yang sengaja mempolitikkan isu air di Pahang.

CEO Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Dato Mohd Zahari Md Isa sendiri telahpun menjelaskan bahawasanya paip penyaluran air ke LYNAS adalah merupakan paip yang berasingan dengan paip air yg disalurkan bagi kegunaan org ramai. Malah pembekalan air bersih kepada penduduk juga mencukupi dan beliau menemplak kenyataan fitnah yg telah dilemparkan oleh Fuziah Salleh.

Mungkin berlaku kes terpencil yg mengalami masalah air, tetapi bukan lah disebabkan oleh faktor kekurangan air, tetapi disebabkan oleh kerja2 penyelengaraan paip demi penambahbaikan dan keselesaan kepada pengguna dan penduduk.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri Pahang telah bertahun-tahun melaksanakan pemberian subsidi air secara percuma melalui potongan harga pada setiap bil air. Perkataan subsidi itu jelas boleh dilihat pada setiap bil air pengguna.

Kesimpulan yang boleh dibuat, YB Fuziah Salleh bukan lah seorang wakil rakyat yg berkhidmat cemerlang kepada rakyat, tetapi hanya sekadar popular dgn Isu2 Fitnah yg dilemparkan bermula dengan memfitnah Isu LYNAS dan sekarang memfitnah Isu Air pula.

Tengok sahajalah Fitnah berkaitan Isu LYNAS yg sengaja dipolitikkan adalah semata-mata mahu mempopularkan calon2 pembangkang yg bakal bertanding pada PRU13 ini seperti Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang akan bertanding di Parlimen Bentong atas tiket DAP dan seorang lagi pemimpin Anti LYNAS iaitu Andansura yg dikatakan akan bertanding di DUN Beserah atas tiket PAS. Akhir2 ini Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim dan Wong Tack sendiri telah membuat kenyataan sedia menerima pula LYNAS. Cakap apa ni? Sentiasa berubah-rubah seperti sesumpah, sekejap Anti, sekejap sokong!

Apa yg pasti, semua ini adalah bukti bahawasanya gerakkan anti LYNAS selama ini adalah dipelopori oleh pihak pembangkang. Jika tidak, kenapa pemimpin NGO Himpunan Hijau dan Save LYNAS tidak bertanding atas tiket bebas jika benar mahu memperjuangkan isu alam sekitar???

Jadi jelas lah, pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak boleh hidup tanpa fitnah! Membuat Fitnah adalah merupakan survival kepada politik Pakatan Rakyat.

Rakyat perlu menolak pemimpin kaki fitnah seperti Fauziah Salleh ini! Dan memilih kerajaan yg lebih telus berkhidmat dalam membela nasib rakyat sepertimana Barisan Nasional.

Tolak Fitnah! Tolak Fauziah Salleh! Tolak Pakatan Rakyat!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 1, 2013

AZAN KECEWA TEMPATNYA DIGANTI FAUZI !! PKR CABANG INDERA MAHKOTA BERPECAH DUA !!

AZAN KECEWA TEMPATNYA DIGANTI FAUZI !! PKR CABANG INDERA MAHKOTA BERPECAH DUA !!


Adalah sesuatu yang mustahil bagi mana – mana penyandang kerusi Parlimen untuk tidak mengetahui bahawa kedudukannya telah pun diganti.


Tambah menghairankan jika penyandang kerusi itu juga dianggap sebagai pemimpin tertinggi dalam satu – satu organisasi itu sendiri.


Tetapi itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Inderamahkota, YB Azan Ismail. Dia sikit pun tak tau yang nama dia telah pun digantikan dengan orang lain.


Dan yang lebih malang buat Azan, tempatnya diganti oleh Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang juga pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuantan.


Kejutan itu diterima dalam keadaan yang cukup mengecewakan bagi Azan sehingga membuatkan dia patah semangat dan terus pulang dari tapak ceramah.


Secara umumnya, semua orang sudah tahu konflik yang pernah melanda dua orang tokoh PKR ini tidak lama dahulu dimana Azan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.


Tindakan Azan itu adalah disebabkan kegagalan Datuk Fauzi untuk menerajui PKR Negeri seperti mana yang diharapkan oleh akar umbi PKR.


Azan mendakwa Datuk Fauzi 'memerintah' PKR Pahang seumpama syarikat anak – beranak dan bukannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan rakyat.


Kemelut itu belum lagi dapat diketahui secara mendalam tentang sebab musabab Azan bertindak untuk letak jawatan. Persoalan masih bermain diminda rakyat.


Apa yang dimaksudkan oleh Azan? Apa maksudnya 'memerintah seumpama syarikat anak beranak'? Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Fauzi?


Sehingga kini, semua persoalan itu masih lagi tidak ada sebarang jawapan. Azan pula hanya mendiamkan diri setelah dia dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu.


Maka mulalah tanggapan buruk rakyat terhadap Azan. Ramai yang mengatakan bahawa Azan hanya seorang yang Gila jawatan. Itu sebab dia bergaduh dengan Datuk Fauzi.


Apa yang jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sayangkan Datuk Fauzi dari Azan Ismail. Maklum la, Datuk Fauzi dah lama jadi pengikut Anwar.


Azan pulak baru – baru ni je muncul. Sebelum ni, tak de orang pun kenal siapa Azan Ismail tu. Kalau dia tak jadi YB, sorang pun tak kenal dia siapa.


Jadi, tak mustahil bagi Ketua Umum PKR tu untuk memilih Mantan Kroninya dulu untuk bertanding di Inderamahkota. Walaupun dia tau Datuk Fauzi akan tewas, tapi dia tak peduli.


Sekurang – kurangnya, bagi Ketua Umum tu, ada jugak la saingan di Inderamahkota daripada tak de lansung. Tu je yang dia nak buat walhal calon kitar semula ni ramai yg dah tolak kerana rekodnya yg tidak memberangsangkan baik berkhidmat dalam UMNO ataupun sebagai wakil rakyat. Tak ada satu pun pencapaian yg boleh dibanggakan.


Hakikatnya, pemilihan Datuk Fauzi di Inderamahkota tidak mendapat sambutan hangat dikalangan rakyat Inderamahkota sendiri. Kenapa? Itu persoalannya.


Kenapa pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum tu Sabtu lalu tidak mendapat sambutan sebaliknya hanya disambut dengan sorakkan 'Boo..' dari kalangan penyokong PKR sendiri?


Jawapannya sudah tentu mereka menolak pencalonan Datuk Fauzi sebagai Ahli Parlimen Inderamahkota. Kenapa diorang tolak pencalonan tersebut?


Sudah pasti ada sesuatu yang tak kena dengan pencalonan itu. Sudah tentu ada 'Rahsia' yang orang lain tak tahu. Apa rahsianya? Kemudian kita dedahkan.


Apa yang jelas, konflik dalaman PKR di Pahang sekarang sudah sampai tahap meruncing. Ini baru bahagian pertama dalam siri pendedahan terhadap kepincangan yang berlaku.


Banyak lagi pendedahan yang akan dibuat. Pendek kata, kalau cerita sehari pun tak habis. Yang pasti, bukan setakat rakyat tempatan je yang tolak Fauzi, malah ahli PKR diorang sendiri pun sama jugak menolak Fauzi.

Dan tak pelik jika ada Calon Bebas daripada PKR yang akan bertanding disebabkan ketidakpuasan hati yg berlaku dikalangan ahli akar umbi PKR. Sama-sama la kita fikirkan. Fauzi bukan lah Winnable Candidate utk menang berbanding Azan, tetapi adalah Wincable Candidate disebabkan kerana menjadi anak emas Anwar Ibrahim.

Kekalahan Fauzi kali ini akan menjadikan PKR akan terus berkubur di Pahang akibat keangkuhan kepentingan politik peribadi yang mengikut citarasa dan selera pihak yang tertentu.

Pemimpin yang gilakan kuasa sehingga mengenepikan hak orang lain ini perlu ditolak. Dan Rakyat yg bijak tidak akan memastikan pisang berbuah dua kali dgn mengundi pemimpin sebegini yg mempunyai rekod prestasi nya yang teruk.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone