Thursday, March 7, 2013

Kenyataan Media Perkasa Pahang: Anwar Ibrahim Tukar Pendirian Sedia Sokong Operasi LYNAS.

Kenyataan Media Perkasa Pahang: Anwar Ibrahim Tukar Pendirian Sedia Sokong Operasi LYNAS.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikap seperti 'sesumpah' selepas menyatakan kesediaan membenarkan operasi kilang nadir bumi, Lynas Corporation Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan, Pahang ketika bercakap kepada portal berita The Sydney Morning Herald (SMH).

Kenyataan Ketua Pembangkang itu berbeza dengan ucapan beliau akan menghentikan operasi kilang berkenaan jika PR memerintah.Malah, jaminan itu turut dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini.

Ternyata apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini adalah sesuatu yg terdesak semata2 utk meraih undi. Pihak Anti LYNAS, Himpunan Hijau, Save Malaysia telah gagal dalam propaganda jahat mereka. Rakyat Kuantan terutama yang di duduk disekitar Gebeng, Sg Ular dan Kg Selamat Pelabuhan menolak mentah2 agenda jahat mereka semua ini yang ternyata mempunyai niat tersembunyi melalui Isu Lynas yg sengaja dipolitikkan. Malah dengan kehadiran org luar terutama berbangsa cina yg entah darimana datang membuat kacau di tempat mereka menambahkan lagi kebencian warga setempat dengan agenda jahat Pakatan Rakyat melalui Isu Lynas.

Kini terbukti dan telah pun terjawab bahawasanya sememangnya LYNAS itu Selamat dan hanya sebuah Kilang Kimia Biasa. Anwar Ibrahim terperangkap dengan permainannya sendiri ibarat meludah ke langit terkena diri sendiri.

Sy berharap dengan pendedahan ini, agar rakyat, terutama masyarakat cina supaya jangan tertipu lagi dgn segala dakyah dan propaganda jahat PR. Negara kita telah membangun, ekonomi baik, nak berniaga dan menguruskan kehidupan seharian pun kita bebas melakukan apa saja dengan aman damai. PR tidak mampu mentadbir negara dgn baik. PR hanya tahu merosak dan menjahanamkan negara demi cita2 politik peribadi Anwar Ibrahim.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment