Thursday, September 5, 2013

Golongan Pertengahan Perlu diberi perhatian

Golongan berpendapatan pertengahan yang merupakan pembayar cukai pendapatan paling ramai dan juga boleh dianggap sebagai golongan penentu kemenangan sesebuah parti yang akan menguasai kerajaan. Justeru itu, tindakan  kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan yang berpendapatan RM2500 hingga RM5000 sebulan adalah amat bertepatan. Sebahagian daripada golongan ini adalah merupakan anak muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Kebanyakan intelektual dan golongan professional juga tergolong dalam golongan ini. Golongan ini juga adalah merupakan golongan yang kurang mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan berbanding golongan atasan dan golongan bawahan. Justeru itu tidak pelik sekiranya golongan dari golongan ini lah yang rata-rata menyokong pembangkang kerana mereka merasakan seolah olah nasib mereka terabai dan rintihan hati mereka tidak didengari. Secara mata kasar seolah-olah macam banyak pendapatan RM5000, tapi bila ditolak dengan kos Sara hidup yang semakin tinggi, membuat simpanan pun mereka tak mampu. Sentiasa terikat membayar hutang pinjaman sehingga habis hayat. Sebab itulah golongan ini cepat tersentuh dan tersinggung apabila berlaku kenaikkan harga minyak, kenaikkan harga barangan, tambahan pula jika musim perayaan dan pembukaan baru persekolahan, sudah tentu golongan seperti ini akan berasa semakin tertekan. Tindakan kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan amatlah bertepatan dan disokong sepenuhnya dan yakin jika terlaksana dengan jayanya dengan mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan, golongan pertengahan ini akan bangkit dan kembali yakin dengan kepimpinan dan pentadbiran oleh Kerajaan Sedia ada. Hati yang merajuk jika dipujuk akan kembali bertaut sepenuh hati.


Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

No comments:

Post a Comment