Monday, April 26, 2010

Masjid: Nik Aziz hina Sultan dan guris hati rakyat Selangor - PM


“Pengingkaran yang serius” itu kata Datuk Seri Najib Razak pagi Sabtu ketika diminta ulas kenyataan terbuka Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertikaikan arah Sultan Selangor melarang masjid digunakan untuk berpolitik.

Katanya Menteri Besar Kelantan itu samasekali tidak menghormati apa yang ditetapkan Perlembagaan negara dan kehendak agama Islam.

Najib anggap perbuatan Nik Aziz bukan saja penghinaan kepada Sultan malah mengguris hati rakyat Selangor khususnya di Parlimen Hulu Selangor.

Perdana Menteri menyatakan demikian sebagai menjawab soalan wartawan semasa sidang media selepas menghadiri majlis Sarapan 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang ,Hulu Selangor.-24/4/2010

Nik Aziz hina titah Sultan Selangor...anggap larangan berpolitik di masjid karut

Pada tengahari Jumaat, semasa merasmikan Masjid Taman Cheras, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang politik dan demonstrasi.

Titah baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.

"Beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di perkarangan mahupun di dalam masjid," titah baginda yang ketika itu turut diiringi Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tetapi pada sebelah malam, dalam sidang akhbar yang diadakan di banglo Pejabat Daerah Kuala Kubu Baru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila diminta mengulas titah itu, dengan selamba berkata ia tak salah.

Malah Menteri Besar Kelantan menganggap larangan itu sebagai ajaran karut peninggalan Inggeris.

Khalid duduk sebelah Nik Aziz dalam sidang akhbar itu. Turut hadir ialah calon PKR pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, orang kuat DAP Lim,Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Difahamkan Sultan Selangor menitahkan demikian kerana pakatan pembangkang menganjurkan ceramah pilihanraya di dalam dan perkarangan masjid dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Keadaan ini dikatakan mencetuskan rasa kurang senang dikalangan orangramai.

Masjid-masjid sekitar Hulu Selangor juga dijadikan tempatan penginapan sebilangan jentera pakatan pembangkang yang datang dari luar.

Kata Nik Aziz,"siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid? Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Allah memerintah manusia supaya memperjuangkan keadilan. Keadilan itu urusan politik, dibaca dalam Quran, dalam masjid. Kita azan Allahuakhbar, ini politik, panggil orang ramai-ramai supaya ke masjid. Ini politik..

“Ini kerja saki baki ajaran penjajah barat yang asingkan agama dan politik. Nabi Muhammad sendiri ahli agama, ahli politik, panglima perang, menteri kewangan serta menteri sosial. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan diterima oleh orang Islam. Dukacita, ".

Ditanya mengenai dakwaan Zaid sebagai peminum arak tegar, Nik Aziz berkata ia berlaku kerana UMNO sudah tidak ada modal.

“Mereka tak ada modal. Ini calon parti. Kalau UMNO ada modal serang partilah.Jangan serang tubuh badan calon, ini kerja bodoh, kerja budak-budak,. Ia satu perkara yang memalukan politik Malaysia," katanya.

Nik Aziz juga menafikan PAS mempunyai masalah dalam pakatan pembangkang.

“Dulu PAS bersama dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Tetapi setelah UMNO kuat, dia tendang PAS. Maka PAS jadi perit. UMNO bersungguh-sungguh minta PAS bersama dia tetapi kami dah perit dan kami masuk Pakatan,tak ada masalah.”katanya

sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_32fc5078-7f000010-1d956ad0-774c27e5

Kenyataan hina Sultan bukti Nik Aziz kurang ajar dan hanya ulama politik..





Antara coretan menarik Muqabalah Blog adalah nasihat Haji Din serban besar kepada ahli jamaah agar jangan taksub kepada parti yang meretakkan persaudaraan sesama Islam terutama ketika pilihanraya.

Beliau beri perumpamaan calon-calon pilihanraya ibarat driver kereta yang mati enjinnya dan perlu ditolak.

Maka orang ramai ataupun pengundi inilah yang menolak kereta tersebut hingga benar-benar hidup.

Selepas enjin hidup, maka driver itu jika seorang yang berbudi akan angkat tangan sambil laung ‘terima kasih’ serta dengan pantas menuju destinasinya dan tinggallah kita sesama sendiri menghirup debu dan asap yang masih berbaki di udara...

Jika mahu diambil kira sindiran ini, driver itu mungkin Datuk Zaid Ibrahim atau mungkin Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah persamaan mereka walaupun seorang dari PKR dan seorang lagi ulama politik PAS, kedua-dua mereka dari Kelantan.

Zaid perlu ditolak keretanya supaya hidup menang pilihanraya ini manakala Nik Aziz pula keretanya sudah hidup dan beliau bergerak meninggalkan pengundi Hulu Selangor menghirup debu dan asapnya...

Ini kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja datang ke Hulu Selangor berkempen untuk Zaid yang didakwa peminum arak tegar dan kaki judi kuda tetapi menghina titah Sultan Selangor.

Betapa bongkak dan angkuhnya beliau mengatakan teguran dan nasihat Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid jangan dijadikan medan politik adalah amalan penjajah yang karut.

Nik Aziz sudah meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang tidak faham antara peraturan dan ajaran.

Titah Sultan adalah peraturan kerana Baginda selaku Ketua Agama berhak menitahkan nasihat itu kerana tidak mahu masjid jadi gelanggang politik yang mendorong perpecahan umat Islam kerana fahaman berbeza.

Murysidul Am PAS itu sudah membuktikan keogaan beliau selain sikap besar bersikap kurang ajar dengan datang ke Selangor dan menghina sultan negeri itu.

Barangkali benarlah apa digambarkan bekas pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz ataupun Kickdefella bahawa Nik Aziz ini seorang yang bongkak dan tinggi diri seolah-olah beliau seorang sahaja yang hebat dan tahu pasal agama.

Lihat sajalah dalam isu menantunya Abdul Ariffahmi yang hanya meletakkan jawatan selepas pemimpin tertinggi PAS datang merayu dan memegang lutut Nik Aziz meminta Menteri Besar itu mengambil tindakan terhadap menantunya atau imej pasti akan buruk di mata rakyat.

Rakyat Selangor khususnya di Hulu Selangor pasti tidak dapat menerima tindakan Nik Aziz sebagai orang luar yang datang ke negeri ini dan menghina Sultan Sharafuddin.

Apakah istimewanya Nik Aziz yang sewenang-wenangnya menghina dan ingkar titah Sultan itu?

Seperti pendapat mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo, pemimpin veteran PAS itu bukanlah ulama agama sebaliknya ulama politik.

Lebih tegas katanya, Nik Aziz adalah orang tua yang kurang ajar kerana menghina Sultan dan umat Islam serta rakyat Selangor.

Nik Aziz sepatutnya memahami bahawa titah Tuanku Sultan adalah peraturan bukannya ajaran penjajah yang karut seperti didakwanya pada sidang media di Kuala Kubu Bharu, pada Jumaat malam.

Sebagai Ketua Agama, Sultan Sharafuddin ada hak dan undang-undang ke atas masjid di negeri itu tambahan pula niat baginda untuk memastikan kesejahteraan dan perpaduan ummah.

Menurut Dr Mohd Khir, sebagai orang luar dan pemimpin, Nik Aziz patut tahu peraturan itu serta menghormati undang-undang setiap negeri bukannya sewenang-wenang bercakap ikut mulut.

Sebab itu, Dr Mohd Khir berharap pengundi-pengundi di Hulu Selangor menilai siapa sebenar Nik Aziz termasuk Zaid yang mahu mencari populariti di kawasan berkenaan.

Percayalah, isu ini tidak berakhir begitu sahaja kerana rakyat Selangor pasti bangkit menyatakan kemarahan dengan kenyataan Nik Aziz itu.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga sudah sampai masanya bertegas terhadap mana-mana orang politik yang menjadi masjid medan kepentingan parti dan peribadi termasuk terhadap Exco Agama Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Pesuruhjaya PAS itu jelas membaca khutbah Jumaat berbaur politik di Masjid Bukit Sentosa Hulu Selangorapabila menyeru orang ramai memilih jalan kanan, jalan yang hijau bukan jalan kiri yang 52 tahun penuh berliku.

Malah katanya, pilihlah Khalifah bukannya kaum lain.

Kedudukannya sebagai exco kerajaan negeri berkaitan agama dan hal ehwal adat resam hanyalah topeng semata-mata jika inilah perlakuan sebenarnya.

Barangkali tepatlah, bapak borek anak rintik kerana Nik Aziz ketuanya maka tidak mustahil Hasan mengikut tunjuk ajar sifunya itu..

Pengajaran daripada semua ini, janganlah penduduk Hulu Selangor membantu driver yang enjin keretannya rosak kerana selepas kenderaan mereka hidup dan bergerak semula, mereka terus berlaku....tinggallah pengundi Hulu Selangor menghidu asap dan debu!

sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_30746dab-7f000010-1d956ad0-e9021b2c

Husam confirms – hukum hudud is not Pakatan Rakyat policy



PAS Admits Difficulty Getting Consensus On Hudud From Opposition Partners

KOTA BAHARU, Dec 22 (Bernama) — PAS has admitted that the implementation of Hudud and Qisas laws would have to be postponed even if Pakatan Rakyat is able to take over the government in future.

This is because it will require the agreement of its two other Pakatan Rakyat partners, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP, which has already objected to the plan.

The admission was made by PAS vice-president Datuk Husam Musa at a press conference, here, today as the three opposition components had signed an agreement in August, stating that any policy change should have a multilateral agreement among them.

Husam said PAS would not act unilaterally in coming up with the Hudud law if the party ruled the country but would instead work together with DAP and PKR on the matter.

“However, PAS will continue with its struggle to implement Hudud law, which is God’s law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law.

“We will discuss the Hudud law and if they cannot accept its implementation when the time comes, we will postpone it,” he said.

In Islamic law, Hudud usually refers to the punishments that are fixed for certain offences including theft, robbery, illicit sex, alcohol consumption and apostasy. Punishment for these offences are corporal in nature, involving whipping, stoning to death and amputation of limbs.

Qisas (law of retaliation) refers to offences that involve bodily injury or loss of life. The punishment is death or imprisonment, but compensation in the form of money or property is accepted if the victim’s guardian forgives the offender.

Husam said many things had be done before the Hudud and Qisas laws could be brought to Parliament, including holding a referendum or discussions with the legal bodies.

He said at the same time, several national issues such as racial unity, the New Economic Policy (NEP), corruption and the economy, would also have to be addressed fast.

“The Hudud law is still hypothetical. There are other issues that have to take precedence,” he said.

He cited the NEP which focused on the advancement of the Malays in the field without taking into consideraton the poor among the Indians and Chinese who also needed assistance, hence PAS regarded the NEP as unIslamic.

He said PAS would continue to explain to the people Hudud and Qisas laws to discourage them from committing crime.

Asked how long would the people have to wait for the implementation of the laws, Husam said: “What’s wrong with waiting longer? Umno has not done it after more than 50 years in power.”

sumber: http://blog.limkitsiang.com/2008/12/22/husam-confirms-hukum-hudud-is-not-pakatan-rakyat-policy/

BN tidak beli undi di Hulu Selangor, kata Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini', tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini. Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.

Bernama melaporkan Najib berkata demikian semasa mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor.

Pad aAhad P.Kamalanathan dari BN menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi. Calon BN itu menerima 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.

"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi," katannya-

sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

BN rampas kembali Parlimen Hulu Selangor...majoriti 1,725 undi

Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Walaupun pada peringkat awal pengiraan undi memihak kepada calon parti pembangkang... calon BN mula mendahului selesa pada jam 8.45 malam dengan 1,035 undi di depan setelah 121 daripada 137 peti undi dibuka.

Ketika itu, sudah tidak kedengaran lagi jerit pekik penyokong pembangkang yang berhimpun di Stadium Kuala Kubu Bharu yang mengikuti proses pengiraan melalui skrin besar.

Stadium itu terletak disebelah pusat penjumlah undi di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu.

Pada jam 9.10 malam, angka rasmi skrin SPR menyiarkan Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau perolehi 24,997 undi manakala Zaid pula 23,272 undi.

Kamalanathan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin BN berada di pusat berkenaan ketika Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Kamalanathan.

Pada pilihanraya umum 2008, calon PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menang majoriti 198 undi tewaskan Datuk G.Palanivel.-25/4/2010

Mari kita tengok siapa yang kena...

Seramai 48,935 dari 63,461 atau 75.87 peratus telah keluar mengundi semasa proses pengundian pilihanraya kecil Hulu Selangor ditutup jam 5 petang ini.

Pengundian telah berjalan lancar tanpa sebarang kejadian besar yang tidak diingini.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi yang mana 1,039 adalah pengundi pos.

Seramai 34,020 atau 52.7 peratus pengundi adalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Cuaca di seluruh kawasaan panas dan tidak hujan sepanjang pengundian dijalankan.Walaupun BN berentap sakan dengan PKR untuk menawan balik kerusi tradisi miliknya itu namun “kepanasan” itu zahirnya tidak begitu terasa memandangkan kawasan Hulu Selangor adalah lebih luas dari negeri Melaka.

Penyokong kedua-dua parti terpaksa berselerak di sekitar 48 buah pusat mengundi yang ditetapkan.Kesesakan lalulintas berlaku di beberapa tempat di jalan persekutuan dari Rawang ke Tanjong Malim dan sekitar pusat mengundi

Friday, April 23, 2010

Zaid kacang lupakan kulit...kalau dia mabuk, kita boleh buat apa - Tun Dr M












Tun Dr Mahathir Mohamad kata pengundi di Hulu Selangor tidak perlu berfikir panjang untuk menolak calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya ‘kacang lupakan kulit’ serta ‘katak’.Mantan Perdana Menteri itu mengakui Zaid sebelum menyertai kerajaan adalah peguam yang cukup maju dengan kira-kira 100 peguam dalam syarikat guamannya.

“Tetapi pernah kah kita tengok dia dalam mahkamah? Dia maju sebab sign form yang kerajaan bagi saja. Dia sign form perjanjian, kalau tak ada kerajaan (BN) tak adalah dia (maju),” katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi Serendah, Hulu Selangor, malam Khamis.

Orang macam ini kata Dr Mahathir, macam kacang lupakan kulit.“Ini yang susah... Jangan fikir panjang.

"Tak ada lebih baik dengan sokong calon parti yang khidmat pada negara sejak 1946. Masa itupun Keadilan atau PKR ini pun tak ada,” katanya.

Beliau juga menggelarkan Zaid seperti katak kerana asyik melompat masuk keluar parti.

“Ini sifat katak. Kaki belakang panjang daripada depan...dulu lompat dalam UMN O jadi menteri, mesti bagi itu ini...lepas itu lompat PKR, lepas itu nak ke Sabah. Bila bagi calon, dia masuk balik,” katanya disambut ketawa lebih 500 orang yang hadir pada ceramah itu.

Menurut Dr Mahathir, beliau juga pernah membuat kajian pasal katak yang punyai otot kuat di kaki supaya kuat melompat.

“Saya tak percaya orang kuat lompat ini dan tak percaya orang Superman macam ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan PKR jangan pilih calon seperti Zaid yang tidak menentu kedudukannya.

Sambil seloroh katanya, “Kalau dia mabuk, kita boleh buat apa...dia tak main judi, tapi simpan kuda lumba. Buat apa..saya ada 30 ekor kuda.. dah dapat 7 anak tapi bukan untuk judi,”.

Pada sidang media kemudiannya, Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak terbabit dengan tuduhan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa semua mantan Perdana Menteri minum arak kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tak tau pasal orang lain, tetapi saya tak terbabit,” katanya.

Diminta menjelaskan lebih lanjut dakwaan itu, Dr Mahathir berkata , “Mungkin (mantan PM terdahulu) terbabit tetapi mungkin dahulu bukan zaman Zaid.

“Zaman Zaid baru. Dulu zaman orang putih tentulah kita pernah tengok mantan-mantan Perdana Menteri minum arak.”

Dr Mahathir memberitahu, perkara itu sengaja dimainkan pembangkang kerana mahu mendapatkan sokongan mempertahankan calon mereka.

“ Mereka cuba menang sokongan dan tuduh apa mereka suka. Terpulang pada rakyat nilai sama ada PM minum atau tak, sepatutnya kalau ada zaman saya, 22 tahun tunggang langgang lah ( kalau saya minum arak masa jadi PM 22 tahun negara tunggang langgang lah) ” tegasnya.

Mengenai dakwaan anaknya Mukhriz yang digembar-gemburkan oleh pembangkang kononnya terbabit dalam syarikat arak San Miguel di Filipina, mantan Perdana Menteri ke 5 itu berkata, beliau difahamkan, anaknya dijemput jadi pengarah dalam syarikat yang sedang mengurus untuk tukar perniagaan.

“Saya diberitahu (syarikat) akan jual bahagian arak kepada orang lain, itu yang saya diberitahu. Kalau tak benar, saya nak tanya (anak saya)...saya tak jaga semua anak saya, dia buat apa itu hal dia, dia bukan orang politik,” katanya.

Dr Mahathir juga mahu pengundi-pengundi memilih calon bukan berdasarkan individu atau kaum tertentu tetapi parti BN yang diwakili dan terbukti sudah berjasa pada rakyat negara ini


sumber: agendadaily
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Thursday, April 22, 2010

Anwar kena londeh habis…Zul Nordin dan Zahrain bongkar semua rahsia pada PM

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin dan rakan sejawatnya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sudah bongkar segala rahsia PKR termasuk cara bagaimana fitnah dan character assassination dirancang.

Mereka menceritakan semua ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyertai lawatan ke Washington.

Perdana Menteri yang kembali ke tanahair dari lawatan ke Amerika dan Jepun awal pagi Rabu memberitahu demikian dalam ucapannya kepada jentera pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor BN di Command Centre BN di Bukit Sentosa pada sebelah malamnya.

Katanya PKR kini dalam keadaan kelam kabut.

“Sebabnya kita dah tahu semua rahsia PKR…dalam lawatan ke Washington dia wakil Bebas ikut sama…YB Zulkifli Nordin dan YB Zahrain…malam lepas acara rasmi mereka naik ke bilik saya…dia buka segala cerita…sekarang saya dah tahu segala ceritanya …sampai ke seluar dalam pun saya dah tahu.

“Jadi janganlah tipu…janganlah temberang… I know everything …saya tahu bagaimana fitnah dirancangkan…macam mana character assassination …semua saya dah tahu…sebab apa mereka adalah panglimanya.

Namun Najib berkata beliau tidak mahu huraikan apa yang dibongkar oleh Zulkifli dan Zahrain kepada umum.

“Biarlah saya tahu..mereka tahu..dan Allah s.a.w.…itu saja saya nak sebut,”katanya.

Zulkifli yang dipecat dari PKR baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat apa yang didakwanya cubaan untuk memfitnah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Beliau tidak menyebut nama sesiapa.

Namun Zahrain yang keluar dari parti itu sebelum ini dalam ceramahnya di Kepala Batas baru-baru ini mendakwa Anwar yang mengatrah Zulkifli memfitnah Najin dan isterinya.

SUMBER: AGENDADAILY

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a