Monday, April 26, 2010

BN rampas kembali Parlimen Hulu Selangor...majoriti 1,725 undi

Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Walaupun pada peringkat awal pengiraan undi memihak kepada calon parti pembangkang... calon BN mula mendahului selesa pada jam 8.45 malam dengan 1,035 undi di depan setelah 121 daripada 137 peti undi dibuka.

Ketika itu, sudah tidak kedengaran lagi jerit pekik penyokong pembangkang yang berhimpun di Stadium Kuala Kubu Bharu yang mengikuti proses pengiraan melalui skrin besar.

Stadium itu terletak disebelah pusat penjumlah undi di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu.

Pada jam 9.10 malam, angka rasmi skrin SPR menyiarkan Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau perolehi 24,997 undi manakala Zaid pula 23,272 undi.

Kamalanathan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin BN berada di pusat berkenaan ketika Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Kamalanathan.

Pada pilihanraya umum 2008, calon PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menang majoriti 198 undi tewaskan Datuk G.Palanivel.-25/4/2010

Mari kita tengok siapa yang kena...

Seramai 48,935 dari 63,461 atau 75.87 peratus telah keluar mengundi semasa proses pengundian pilihanraya kecil Hulu Selangor ditutup jam 5 petang ini.

Pengundian telah berjalan lancar tanpa sebarang kejadian besar yang tidak diingini.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi yang mana 1,039 adalah pengundi pos.

Seramai 34,020 atau 52.7 peratus pengundi adalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Cuaca di seluruh kawasaan panas dan tidak hujan sepanjang pengundian dijalankan.Walaupun BN berentap sakan dengan PKR untuk menawan balik kerusi tradisi miliknya itu namun “kepanasan” itu zahirnya tidak begitu terasa memandangkan kawasan Hulu Selangor adalah lebih luas dari negeri Melaka.

Penyokong kedua-dua parti terpaksa berselerak di sekitar 48 buah pusat mengundi yang ditetapkan.Kesesakan lalulintas berlaku di beberapa tempat di jalan persekutuan dari Rawang ke Tanjong Malim dan sekitar pusat mengundi

No comments:

Post a Comment