Wednesday, April 21, 2010

PAS and ISRAEL…FOR ALL




Walaupun PAS tidur sebantal dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tetapi ramai mahu melihat pendirian tegas parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor apabila calon PKR Datuk Zaid Ibrahim digambarkan seorang peminum arak tegar.

Ikut ceritanya PAS mulanya dikatakan jadi serba salah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Zaid.

Malah ada sumber yang berkata PAS akan terus membantu kempen tetapi dibuat ala kadar sahaja bukan bersungguh-sungguh kerana tidak mahu dalam dilema mengenangkan latar belakang Zaid yang pernah saman Hudud dan diselubungi oleh dakwaan tahi arak dan tahi judi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak mahu komen panjang pasal peribadi Zaid kecuali menyimpulkan bahawa calon PKR itu sudah menunaikan Haji dan Insyaallah akan berubah.

Naib Presidennya Salahuddin Ayob ketika diminta mengulas isu Zaid kata PAS tidak setuju kempen serangan atau memburukkan peribadi calon.

Sebaliknya ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir, calon BN Rohaizat Othman jadi mangsa Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS yang menjaja isu Rohaizat beristeri dua.

Zaid pula cuba ‘mengsucikan’ dirinya dengan memberitahu dalam ceramahnya di Hulu Selangor beliau sudah menelefon Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berada di Mekah bagi mendapat restunya.

Dalam politik sesuatu naiwaitu itu tidak perlu dikata secara direct.Menyebut nama pemimpin besar lain biasanya ada maknanya yang tersendiri.

Anwar pula memberitahu Nik Aziz akan turun berkempen di Hulu Selangor sekembalinya dari Mekah.

Kata orang faham-fahamlah mengapa nama Nik Aziz jadi begitu keramat – mengenangkan persepsi terhadap isu Zaid dengan arak.

Terbaru Setiausaha Agung PAS ,Datuk Mustafa Ali pergi lebih jauh untuk mengaburkan persepsi terhadap calon PKR itu dengan mendakwa semua bekas Perdana Menteri kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terbabit arak.

Ada pemerhati politik yang hairan cara Mustafa mempertahankan Zaid dalam isu arak mengenangkan pendirian parti itu terhadap hal berkenaan.

Barangkali ini ujian Allah s.w.t kepada PAS terutama di Selangor.

Sebelum ini, isu arak yang ditentang penjualan secara terbuka oleh Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali hampir menyebabkan Exco negeri itu berdepan tindakan disiplin kerana bertelagah dengan Exco DAP Ronnie Liu.

PAS Pusat mengarahkan Dr Hasan ‘tarik brek’ dalam isu itu semata-mata mahu jaga hubungan atas dasar permuafakatan kononnya.

Tiba-tiba di pilihanraya kecil Hulu Selangor PAS berdepan dengan PKR memilih calon yang dikaitkan dengan arak.

Dalam sidang media Selasa, Mustapha juga mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama UMNO yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bijak cara Mustafa dan PAS berpolitik ibarat telunjuk lurus kelingking berkait.

Isu Zaid peminum agak tegar dipertahankan dan dalam masa sama pakai main borong saja cuba memburukkan pemimpin UMNO.

Bagaimana pula isu Apco Worldwide yang hangat di Parlimen.

Semua orang tahu pakatan pembangkang dakwa 1Malaysia ciplak dari 1Israel dan isu ini juga menjadi bahan kempen hangat di Hulu Selangor.

Di celah-celah semua ini…apakah PAS semacam pungguk rindukan bulan pada Israel?

Ini kalau kita tengok betul-betul pada logo PAS For All.

Rasanya macam kenal.Lakaran grafik logonya seperti ambil semangat dari logo Israel For All.

PAS For All diperkenalkan pada 2004 bagi menarik sokongan kaum lain kepada parti itu dan terus digunakan hingga kini.

Mungkin kini boleh diperkenalkan slogan baru ….PAS and ISRAEL…FOR ALL.

SUMBER: AGENDADAILY

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

No comments:

Post a Comment