Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

PAS For All: Pemimpin PAS mula melenting..

Ramai tahu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut dikaitkan dengan Kumpulan Erdogan adalah antara penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam isu Apco Worldwide yang dituduh pembangkang 1Malaysia ciplak 1Israel, Mahfuz antara yang lantang menyerang kerajaan dalam dan luar Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, apabila ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Pemuda UMNO, KhaIry Jamaluddin mengaitkan PAS mirip sebuah parti politik yang menganggotai pakatan 1Israel, beliau betul-betul melenting.

Malah, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan Kuala Selangor, Zulkifli Ahmad turut bangun meminta Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu.

Menurut Abdul Rahman, 1Israel adalah pakatan ketika pilihanraya Israel pada 1999.

“1Israel terdiri daripada parti Buruh, parti Meimad dan yang terakhir Gesher yang berjuang untuk agama sama seperti PAS,” kata beliau menyebabkan ahli-ahli Parlimen terlibat dalam pertikaman lidah.

Ahli-ahli Parlimen PAS mendesak agar Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu tetapi enggan berbuat demikian kerana kedua-dua parti menggunakan agama sebagai platform mereka.

Bagaimanapun Abdul Rahman akhirnya menarik balik kenyataan itu apabila kekecohan bertambah buruk.

Isu kaitkan PAS dengan Israel tidak berakhir di situ apabila Khairy sekali lagi menyentuh slogan PAS For All sama dengan Israel For All.

Mahfuz yang ditemui pemberita di luar Dewan ketika minta ulas perkara itu, cuba mengelak dengan jawaban berbolak balik.

“Israel For All itu syarikat pelancongan, tak sama dengan PAS For All. PAS parti politik. Itu berbeza dan tidak berkaitan. Itu hujah kebudak-budakkan,” katanya.

Beliau menafikan PAS ciplak slogan dan logo Israel For All.

Malah, katanya beliau tidak tahu pasal isu itu kecuali sejak timbul isu 1Israel dan !Malaysia.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa PAS mencipta sendiri logo PAS For All.

Beliau beri alas an tidak ingat bila PAS For All duujudkan.

Senang cakap cara Mahfuz jawab beliau nak elak PAS dikaitkan dengan Israel kerana bimbang dijadikan isu memakan diri pari itu.


sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2487a1dc-7f000010-1d956ad0-1acd8c50

Wednesday, April 21, 2010

PAS and ISRAEL…FOR ALL




Walaupun PAS tidur sebantal dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tetapi ramai mahu melihat pendirian tegas parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor apabila calon PKR Datuk Zaid Ibrahim digambarkan seorang peminum arak tegar.

Ikut ceritanya PAS mulanya dikatakan jadi serba salah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Zaid.

Malah ada sumber yang berkata PAS akan terus membantu kempen tetapi dibuat ala kadar sahaja bukan bersungguh-sungguh kerana tidak mahu dalam dilema mengenangkan latar belakang Zaid yang pernah saman Hudud dan diselubungi oleh dakwaan tahi arak dan tahi judi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak mahu komen panjang pasal peribadi Zaid kecuali menyimpulkan bahawa calon PKR itu sudah menunaikan Haji dan Insyaallah akan berubah.

Naib Presidennya Salahuddin Ayob ketika diminta mengulas isu Zaid kata PAS tidak setuju kempen serangan atau memburukkan peribadi calon.

Sebaliknya ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir, calon BN Rohaizat Othman jadi mangsa Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS yang menjaja isu Rohaizat beristeri dua.

Zaid pula cuba ‘mengsucikan’ dirinya dengan memberitahu dalam ceramahnya di Hulu Selangor beliau sudah menelefon Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berada di Mekah bagi mendapat restunya.

Dalam politik sesuatu naiwaitu itu tidak perlu dikata secara direct.Menyebut nama pemimpin besar lain biasanya ada maknanya yang tersendiri.

Anwar pula memberitahu Nik Aziz akan turun berkempen di Hulu Selangor sekembalinya dari Mekah.

Kata orang faham-fahamlah mengapa nama Nik Aziz jadi begitu keramat – mengenangkan persepsi terhadap isu Zaid dengan arak.

Terbaru Setiausaha Agung PAS ,Datuk Mustafa Ali pergi lebih jauh untuk mengaburkan persepsi terhadap calon PKR itu dengan mendakwa semua bekas Perdana Menteri kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terbabit arak.

Ada pemerhati politik yang hairan cara Mustafa mempertahankan Zaid dalam isu arak mengenangkan pendirian parti itu terhadap hal berkenaan.

Barangkali ini ujian Allah s.w.t kepada PAS terutama di Selangor.

Sebelum ini, isu arak yang ditentang penjualan secara terbuka oleh Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali hampir menyebabkan Exco negeri itu berdepan tindakan disiplin kerana bertelagah dengan Exco DAP Ronnie Liu.

PAS Pusat mengarahkan Dr Hasan ‘tarik brek’ dalam isu itu semata-mata mahu jaga hubungan atas dasar permuafakatan kononnya.

Tiba-tiba di pilihanraya kecil Hulu Selangor PAS berdepan dengan PKR memilih calon yang dikaitkan dengan arak.

Dalam sidang media Selasa, Mustapha juga mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama UMNO yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bijak cara Mustafa dan PAS berpolitik ibarat telunjuk lurus kelingking berkait.

Isu Zaid peminum agak tegar dipertahankan dan dalam masa sama pakai main borong saja cuba memburukkan pemimpin UMNO.

Bagaimana pula isu Apco Worldwide yang hangat di Parlimen.

Semua orang tahu pakatan pembangkang dakwa 1Malaysia ciplak dari 1Israel dan isu ini juga menjadi bahan kempen hangat di Hulu Selangor.

Di celah-celah semua ini…apakah PAS semacam pungguk rindukan bulan pada Israel?

Ini kalau kita tengok betul-betul pada logo PAS For All.

Rasanya macam kenal.Lakaran grafik logonya seperti ambil semangat dari logo Israel For All.

PAS For All diperkenalkan pada 2004 bagi menarik sokongan kaum lain kepada parti itu dan terus digunakan hingga kini.

Mungkin kini boleh diperkenalkan slogan baru ….PAS and ISRAEL…FOR ALL.

SUMBER: AGENDADAILY

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Tuesday, April 20, 2010

Siapakah Anwar Ibrahim ini sebenarnya??


Dengan minda yang waras, berfikir mengikut iman dengan mata hati yang cerah...maka marilah kita sama-sama nilaikan kebenarannya!! Selamatkan Malaysia!!