Showing posts with label prk. Show all posts
Showing posts with label prk. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Arak:Zaid mengaku tapi dakwa itu ‘masa muda dulu' dan enggan bersumpah




Kata orang on record dakwaan hangat yang mengatakan Datuk Zaid Ibrahim adalah peminum arak bukan satu cerita dongeng.

Jika sebelum ini ia menjadi bualan antara ya ke tidak kini satu dunia sudah dengar calon PKR kawasan Hulu Selangor ini mendakwa beliau sudah insaf.

Dalam ertikata lain beliau mengakui itu adalah kisah benar.

Ahad para wartawan memburunya di Hulu Selangor kerana isu mendakwa beliau peminum arak tegar semakin memuncak.

Ini lebih-lebih lagi dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang semacam menilai keislaman orang di Kota Bharu yang pernah terima Zaid sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2004 lebih konservatif dari orang Islam di Hulu Selangor.

Ia dikatakan telah menguris hati kalangan orang Islam di Hulu Selangor kerana seolah mereka lebih liberal dan boleh terima siapa saja calon pilihanraya yang keperibadiannya dipersoalkan.

Zaid yang ditemui Kerling mengakui apa yang didakwa itu adalah semasa ‘ beliau muda dulu’.

Katanya beliau bukan malaikat dan ada kelemahan.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu,”ujarnya.

Zaid bagaimanapun enggan menjawab semasa ditanya bila sebenarnya beliau berhenti minum.

“Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.

Beliau juga enggan bersumpah untuk membersihkan namanya dari dakwaan itu.

Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam UMNO itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan Tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya

“Saya sudah minta maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

Zaid mendakwa sekalipun ada kelemahan beliau mampu menjadi wakil rakyat yang baik.-18/4/2010

Dakwaan Zaid peminum arak tegar…” Dia pergi Haji …Insyallah perubahan lepas balik Haji”- kata Haji Hadi

Sementara menanti selesai penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu pagi Sabtu,Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkujung ke khemah para pemimpin Barisan Nasional yang terletak disebelah khemah para pemimpin pembangkang.

Waktu berbual kosong di situ dengan Naib Presiden UMNO Datuk Zahid Hamidi,Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Datuk Noresah Mohamad dan dan Exco Kerajaan Negeri Perak,Datuk Hamidah Osman mereka tersentuh tentang soal menguna isu peribadi menyerang calon lawan.

Zahid berkata PAS sakan serang peribadi calon BN Rohaizat Osman semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir di Pulau Pinang dulu.Beliau merujuk kepada isu isteri kedua Rohaizat yang menjadi bahan kempen utama di pilihanraya kecil itu.

Salahuddin hanya tersenyum dan menjelaskan mereka sebenarnya lebih tumpukan kepada isu dakwaan pecah amanah Rohaizat sebagai peguam.

Hal ini berbangkit setelah Agendadaily yang turut serta di situ memberitahu Salahuddin baru saja diminta mengulas tentang cerita yang hangat diperbualkan tentang calon PKR pilihanraya kecil Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim mendakwa beliau adalah peminum arak tegar.

Turut sama diminta mengulas dakwaan yang meluas tersebar di internet itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang,Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Cuma dicelah kesibukan penamaan calon itu komen Zaid sendiri tidak sempat diminta.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditemui sewaktu duduk di khemah pembangkang di situ enggan menjawab apa-apa sekalipun wartawan Agendadaily belum mengemukakan sebarang soalan padanya.

Menariknya sewaktu berbual bersama Salahuddin di khemah BN,Halimah yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO secara berdepan memberitahu Naib Presiden PAS itu mereka juga dengar Zaid ada kuda lumba.

Katanya mereka juga tahu nama kuda lumba milik Zaid itu.

Apa yang dapat disimpulkan semasa Haji Hadi,Khalid dan Salahuddin mengulas isu dakwaan Zaid peminum arak tegar mereka tidak menafikan atau mengesahkannya.Sebaliknya mereka seolah mahu beliau diberi ‘ peluang kedua’.

Hanya Azmin yang menegaskan BN harus membuktikan dakwaan mengatakan Zaid kaki botol.Beliau juga membangkitkan mengenai isu anak seorang bekas Perdana Menteri yang ada saham dalam syarikat pembuat arak di Filipina.

Haji Hadi tidak mengulas panjang kerana berkata beliau tidak membaca blog di internet.

“Dia ( Zaid) baru balik Haji .Dia pergi Haji …Insyallah perubahan lepas balik Haji….”katanya.

Ditanya samaada ada atau tidak Zaid memberitahu pemimpin PAS beliau sudah tidak lagi minum arak ( seperti didakwa dalam internet ) ,Presiden PAS itu hanya berkata, “ dalam Islam kita mesti terima ( tanya) orang yang berkenaan.”

Salahuddin pula berkata baginya seseorang itu harus diberi peluang kedua.

“Dalam Islam kita menyaksikan peristiwa lampau itu…sekiranya ditinggalkan …mereka diberi tempat dan kedudukan dalam Islam itu sendiri.

Senentak dengan itu ,Salahuddin kata beliau percaya isu-isu peribadi sukar diterima …rakyat lebih fokus kepada isu-isu yang berbentuk dasar,program dan kritikan membina kita.

Katanya beliau sebagai ahli politik jarang membawa isu yang terlalu peribadi.

Ditanya bukankah isu arak ini sensitif bagi PAS dan bila beliau sebut ‘ diberi peluang kedua’ tidakkah bermaksud Zaid sudah bagi pengakuan beliau tidak akan minum lagi ,beliau berkata,” saya tidak dapat beri komen…sebab saya tidak pernah nampak dan tidak pernah tahu dengan mata kepala saya sendiri …

Bila dikata ini isu besar dan tidakkah PAS minta penjelasan dari Zaid,beliau berkata, ‘ isu ini terlalu peribadi…apa yang saya tahu baru-baru ini beliau sudah menunaikan fardu Haji ke Mekah…itu saja yang saya tahu.”

Ditanya pula katakan akhirnya Zaid mengaku beliau minum,beliau berkata,” pada waktu itu saya akan komen…”

Menteri Besar Selangor pula ketika diminta mengulas berkata adalah sulit baginya menengok karektor seseorang dari waktu dia kecil sampai ke besar.

‘Bagi saya pemimpin UMNO tidak boleh guna ( dakwaan peminum tegar) sebagai alat….yang penting adakah saudara Zaid sekarang sudah tukar dari segi tatacaranya…

Khalid memberi contoh mengenai saudara baru.Katanya apakah tidak boleh terima seseorang itu dalam Islam sedangkan dulu dia minum arak dan makan khinzir.

“ Bagi saya Zaid keadaan dulu dan sekarang adalah berbeza,” katanya.

Menurut Khalid, Zaid pernah diterima sebagai wakil rakyat di Kota Bharu waktu dalam UMNO dulu sedangkan masyarakat di situ konservatif tentang Islam.

“Saya percaya dia tidak sukar di sini ( Hulu Selangor) ..saya percaya dia sukar di Kota Bharu …di Kota Bharu rakyat …saya difahamkan lebih konservatif dari segi pengamatan Islam…tapi mereka pilih saudara Zaid…di Hulu Selangor…saya tak taulah..tapi tak sekonservatif dengan Kota Bharu….oleh itu telahan itu tidak manasabah…untuk kita tidak memilih saudara Zaid.

Ditanya apa pandangannya jika ada pihak yang menuntut Zaid bersumpah beliau tidak minum lagi,Khalid berkata jika demikian maka semua orang kena pergi bersumpah.

“Jadi saya rasa perkara itu ( dakwaan minum) tak payah ditimbulkan…itu akan merosakan dua pihak…adakah ahli-ahli UMNO tidak pernah minum arak…jawapannya saya tahu…dulunya masa zaman ( bekas Perdana menteri) Tunku Abdul Rahman memang ada..kalau orang kata tak ada itu satu perkara bohong.

“Saya tahu zaman Khir Johari…zaman Datuk Bahaman semua ada…jadi lebih baik kita tidak bangkitkan perkara ini.”kata Khalid lagi.

Bila dikata soal arak ini isu yang dekat dihati orang Islam,Khalid berkata,” apabila orang sudah tidak lagi melakukannya…saya percaya…saya yakin pada peribadi orang itu ( Zaid) …kalau dia nak jadi wakil rakyat..nak jadi Menteri Besar macam saya… I stay in glass houses …orang nampak yang saya lakukan…jadi tak jadi masalah…kalau adapun kita akan selesaikan…Barisan Nasional tak boleh nak jadi very angle about this …kalau kita bangkitkan pasal MCA,MIC lagi kelamkabutlah…jangan.”

Azmin bila ditanya hal itu lantas bertanya balik, “ apa buktinya…ini memang peranah UMNO dalam mana-mana pilihanraya dan juga pilihanraya kecil akan guna sebarang cara yang disebut sebagai character assassination untuk bunuh seseorang dengan lempar fitnah dan tomahan.

“Bukan setakat Datuk Zaid ..apa yang tidak difitnahkan tentang Datuk seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh..tapi Alhamdulillah….rakyat hari ini bijak memilih…antara fitnah UMNO dengan kenyataan sebenarnya.

Azmin berkata jika betul UMNO prihatin soal arak mengapa tidak bangkit isu dimana anak pemimpin besar UMNO menguasai kilang arak San Miguel di Filipina.

“Saya nak tanya Agendadaily mengapa tidak lapor seorang pemimpin besar UMNO keluarga dia menguasai lebih 30 peratus saham San Miguel di Filipina..bukan setakat mentekedarah arak…dia menguasai dan memiliki kilang arak…ini tidak jadi isu.

Bila ditanya ini soal keperbadian calon PKR di Hulu Selangor,Azmin menegaskan ini tidak dibuktikan dan ini fitnah.

Ditanya apakah beliau benar-benar yakin Zaid bukan seperti didakwa,Azmin berkata, “ ini bukan soal yakin tak yakin…dalam pemilihan calon kita pilih calon itu dalam semua konteks…semua keadaan..apakah penerimaan rakyat di bawah…apakah komitmennya pada perjuangan…kita mahu seorang yang betul-betul jujur dan mempunyai maruah dna akhlak yang baik…akhirnya dari 10 calon yang dikemukakan Datuk Zaid salah seoranh yang mampu jana satu kekuatan baru.

Ditanya samaada beliau nak cabar Barisan Nasional kemuka bukti Zaid peminum tegar,beliau berkata,” banyak dah kita cabar ..soal Apco tak mengaku…”

Bila ditanya satu perkara yang tidak betul dalam hal lain tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengatakan yang ini ( soal dakwaan terhadap Zaid) tidak betul, Azmin berkata,” kenapa tidak dibuktikan…apakah dia baru kenal Zaid baru semalam…puluh tahun Datuk Zaid dalam UMNO tidak jadi masalah…Datuk Zaid masuk Keadilan jadi masalah…”-18/4/2010

sumber: Agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_14a2b641-7f000010-1d956ad0-fd995d6f

Dr Halili...orang kecil yang lepas 'bom besar' terhadap Anwar


Datuk Dr Halili Rahmat bukanlah satu nama besar kontek arus perdana politik nasional.

Dari satu segi mungkin betul seperti kata Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin kepada Agendadaily, “ tak apa...dia tak penting ” sebagai sebagai reaksi kepada pengumuman doktor pakar bedah saraf yang terkenal itu umum keluar PKR dan masuk UMNO pagi Isnin.

Namun kalau melihat dalam kontek keperibadian Dr Halili yang dikenali bukan jenis hanky panky dan anak tempatan Hulu Selangor ia ibarat melepas bom keatas PKR ketika hendak berdepan dengan pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu.

Juga jangan lupa Dr Halili ialah rakan karib dan doktor peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nama Dr Halili pernah menjadi sebutan ramai satu ketika dulu kerana membuat pembedahan keatas penyanyi Zaiton Sameon yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali,Hulu Selangor.

Beliau adalah Bendahari PKR bahagian Hulu Selangor dan pernah bertanding kerusi Parlimen kawasan itu pada pilihanraya umum tahun 1999 manakala 2004 pula bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Kali di situ.

Beliau tewas dalam dua cubaan itu.Namun menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor namanya disebut-sebut sebagai salah seorang yang mungkin dipilih sebagai calon.

Dr Halili hadir semasa majlis pengumuman Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Pusat Komuniti Serendah baru-baru ini.

Di majlis itu Anwar mengucapkan penghargaan kepada Dr Halili sambil memberitahu kepada hadirin beliau adalah rakan dan doktor peribadinya.


Dalam pada itu Dr Halili juga adalah adalah salah seorang pejuang asal reformasi di zaman Parti Keadilan Nasional dibentuk pada tahun 1999.

Maka nilai sendirilah bila orang yang sebegini rapat dengan Anwar berkata beliau ambil keputusan keluar parti untuk menyertai UMNO kerana parti itu hari ini sudah dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideloji berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang-orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya.

“Keputusan ini adalah kerana saya telah berpendapat bahawa PKR yang ada sekarang ini telah jauh terpesong daripada perjuangan Parti Keadilan Nasional yang saya terlibat secara langsung semasa mengasaskannya pada tahun 1999,” katanya dalam sidang akhbar yang didamping oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Kata Dr Halili sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampong di Hulu Yam sukar baginya mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan tidak ada apa yang dilakukan untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor selama dua tahun dikuasai PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

“Saya tahu dan faham bahawa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini (Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad) uzur,tetapi yang menghairankan saya kepada PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk member khidmat kepada pengundi Hulu Selangor,"katanya.

Dalam pada itu,katanya beliau melihat kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam untuk membawa perubahan politik dan memperjuangkan nasib rakyat.

Dalam sidang akhbar itu Dr Halili menegaskan beliau tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Katanya antara sebab beliau keluar segera dari PKR ini kerana tidak mahu namanya digunakan sebagai modal kempen PKR.

Menjawab soalan Dr Halili menjelaskan beliau tidak akan turun ke Hulu Selangor semasa kempen pilihanraya ini kerana terpaksa bertolak ke Melbourne,Australia esok untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya.

Katanya pemergian ke sana sudah dirancang lama sebelum ini.

Namun terbaru difahamkan beliau telah bersetuju memenuhi permintaan ramai untuk hadiri juga pada satu ceramah di Hulu Selangor Isnin malam.

sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_18bd49d7-7f000010-1d956ad0-1bb621cd