Showing posts with label retak. Show all posts
Showing posts with label retak. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Dr Halili...orang kecil yang lepas 'bom besar' terhadap Anwar


Datuk Dr Halili Rahmat bukanlah satu nama besar kontek arus perdana politik nasional.

Dari satu segi mungkin betul seperti kata Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin kepada Agendadaily, “ tak apa...dia tak penting ” sebagai sebagai reaksi kepada pengumuman doktor pakar bedah saraf yang terkenal itu umum keluar PKR dan masuk UMNO pagi Isnin.

Namun kalau melihat dalam kontek keperibadian Dr Halili yang dikenali bukan jenis hanky panky dan anak tempatan Hulu Selangor ia ibarat melepas bom keatas PKR ketika hendak berdepan dengan pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu.

Juga jangan lupa Dr Halili ialah rakan karib dan doktor peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nama Dr Halili pernah menjadi sebutan ramai satu ketika dulu kerana membuat pembedahan keatas penyanyi Zaiton Sameon yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali,Hulu Selangor.

Beliau adalah Bendahari PKR bahagian Hulu Selangor dan pernah bertanding kerusi Parlimen kawasan itu pada pilihanraya umum tahun 1999 manakala 2004 pula bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Kali di situ.

Beliau tewas dalam dua cubaan itu.Namun menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor namanya disebut-sebut sebagai salah seorang yang mungkin dipilih sebagai calon.

Dr Halili hadir semasa majlis pengumuman Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Pusat Komuniti Serendah baru-baru ini.

Di majlis itu Anwar mengucapkan penghargaan kepada Dr Halili sambil memberitahu kepada hadirin beliau adalah rakan dan doktor peribadinya.


Dalam pada itu Dr Halili juga adalah adalah salah seorang pejuang asal reformasi di zaman Parti Keadilan Nasional dibentuk pada tahun 1999.

Maka nilai sendirilah bila orang yang sebegini rapat dengan Anwar berkata beliau ambil keputusan keluar parti untuk menyertai UMNO kerana parti itu hari ini sudah dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideloji berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang-orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya.

“Keputusan ini adalah kerana saya telah berpendapat bahawa PKR yang ada sekarang ini telah jauh terpesong daripada perjuangan Parti Keadilan Nasional yang saya terlibat secara langsung semasa mengasaskannya pada tahun 1999,” katanya dalam sidang akhbar yang didamping oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Kata Dr Halili sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampong di Hulu Yam sukar baginya mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan tidak ada apa yang dilakukan untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor selama dua tahun dikuasai PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

“Saya tahu dan faham bahawa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini (Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad) uzur,tetapi yang menghairankan saya kepada PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk member khidmat kepada pengundi Hulu Selangor,"katanya.

Dalam pada itu,katanya beliau melihat kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam untuk membawa perubahan politik dan memperjuangkan nasib rakyat.

Dalam sidang akhbar itu Dr Halili menegaskan beliau tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Katanya antara sebab beliau keluar segera dari PKR ini kerana tidak mahu namanya digunakan sebagai modal kempen PKR.

Menjawab soalan Dr Halili menjelaskan beliau tidak akan turun ke Hulu Selangor semasa kempen pilihanraya ini kerana terpaksa bertolak ke Melbourne,Australia esok untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya.

Katanya pemergian ke sana sudah dirancang lama sebelum ini.

Namun terbaru difahamkan beliau telah bersetuju memenuhi permintaan ramai untuk hadiri juga pada satu ceramah di Hulu Selangor Isnin malam.

sumber: agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_18bd49d7-7f000010-1d956ad0-1bb621cd

Musim luruh dalam PKR...




Dalam menanti kejutan keputusan pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, pelbagai kejutan lain berlaku sekaligus menambah meriah suasana kempen sekarang.

Kejutan itu pastilah kepada keputusan pemimpin-pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang keluar parti sama ada menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai UMNO.

Walaupun di pihak pembangkang cuba mengaitkan tindakan mereka ini kononnya didalangi BN dan UMNO, tohmahan-tohmahan itu adalah modal basi pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang bertindak keluar mempunyai alasan dan pertimbangan sendiri.

Bagaimanapun, rata-rata dikalangan mereka menyatakan kekecawaan terhadap perjuangan PKR yang tersasar landasan untuk kepentingan rakyat kepada kepentingan individu sahaja.

Seperti kata Adun Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu, beliau mendakwa diperalat oleh pemimpin parti itu demi mencapai perjuangan individu tertentu dalam PKR.

Pembangkang terus menuduh tindakan Tan dirancang lebih awal kerana beliau umum keluar PKT dan jadil wakil Rakyat Bebas beberapa jam sebelum majlis pengumuman calon BN pada petang Sabtu.

Begitu juga dengan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar yang umum keluar parti itu pada Ahad.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pembangkang di Hulu Selangor.

Beliau dan rakan-rakan yakin pemilihan Zaid bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan Anwar yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau.

Kejutan berterusan dengan tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat yang turut keluar parti dan umum sertai UMNO pada Isnin.

Dr Halili bukan asing kepada Anwar dan keluarganya malah pakar bedah saraf itu cukup tersohor dibidang perubatan walaupun dilihat kecil dalam arena politik negara.

Anwar bagaikan terkunci mulut untuk mengulas tindakan Dr Halili kecuali menyifatkan PKR bernasib baik tidak menilihnya sebagai calon kerana jika Dr Halili berbuat demikian selepas dicalonkan, pastinya kemenangan berpihak kepada BN dengan mudah.

Menariknya, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri itu, Ezam Mohd Noor menyatakan Anwar kini kehabisan modal politik kerana tidak boleh menuduh Dr Halili berbuat demikian kerana mengejar wang atau kedudukan.

Katanya, jika selama ini tuduhan itu dilemparkan Anwar kepada pemimpin PKR yang lompat atau keluar parti, tetapi Dr Halili mempunyai segala-galanya dan pasti ada asas kukuh lain menyebabnya turut tawar hati dengan perjuangan PKR.

Kejutan terbaru ada tindakan pemimpin wanita PKR Perak Soraya Sulaiman dan Roshanita Nohd Basir serta suaminya Saghazali Abdul Kadir yang umum keluar parti itu, Selasa.

Soraya adalah Ketua Wanita Cabang Tanjung Malim selain Ketua Penerangan Wanita PKR Perak merangkap Pengarah Pilihanraya Perak manakala Rosnaita Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR Perak.

Suaminya Saghazali adalah setiausaha ranting PKR.

Senang cakap, PKR kini sedang berdepan musim luruh dengan seorang demi seorang pemimpin tegar parti itu meninggalkan PKR.

Sebelum inipun lapan wakil rakyat PKR termasuk peringkat parlimen dan Dewan Undangan Negeri sudah memilih arah betul dalam perjuangan masing-masing bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang mengundi mereka pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, semua ini tidak boleh dilihat satu kelebihan kepada BN kerana Anwar dan konco-konconya sama ada dalam DAP dan PAS ibarat harimau yang sudah luka dan mungkin bertindak lebih ganas terhadap pencabarnya.

Bagi pengundi-pengundi di Hulu Selangor, tindakan keluar parti pemimpin PKR itu harus jadi isyarat jelas kepada mereka untuk membuat percaturan penting pada hari pengundi 25 April kelak.

Namun dalam pada itu ada rakyat yang sedih dan kecewa kerana pendirian PAS bersama pakatan rakyat masih belum goyah malah sama-sama naik pentas berkempen di Hulu Selangor bagi memenangkan Zaid yang didakwa oleh sesetengah blog sebagai peminum arak tegar.

Inilah politik berasaskan matlamat menghalalkan cara.

PAS nampaknya masih belum sedar dari mimpi yang dimainkan Anwar untuk menawan Putrajaya daripada pintu belakang.

PAS nampaknya belum terbuka hati dan jiwa seperti beberapa pemimpin PKR yang terdahulu lebih cepat sedar dan insaf bahawa PKR hanyalah parti yang hidup atas kepentingan Anwar sahaja.

Sampai bila PAS mahu dicucuk hidung?

Parti itu barangkali bernasib baik kerana ada Bai’ah yang melarang wakil rakyat PAS melompat atau keluar parti.

Jika tiada halangan itu, pastinya PAS juga berdepan musim luruh dengan pemimpin serta ahli-ahli yang meninggalkan parti seperti dihadapi PKR kebelakangan ini.

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_19d359f7-7f000010-1d956ad0-62ac598f