Tuesday, January 15, 2013

SAM1M Cabar Pembangkang dedah sumber dana Himpunan Kebangkitan Rakyat

SAM1M Cabar Pembangkang dedah sumber dana Himpunan Kebangkitan Rakyat !!

Kuantan 13 Jan 2013 - Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) mencabar pakatan pembangkang mendedahkan sumber dana bagi membiayai himpunan pembangkang yang diadakan di Stadium Merdeka, semalam.

Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim (gambar) berkata, terdapat peserta himpunan berkenaan mengaku kedatangan mereka ke ibu negara ditanggung oleh penganjur.

Persoalannya kini, daripada manakah sumber dana pakatan untuk membiayai perbelanjaan himpunan ini? Adakah dari Dana Asing ?

Jadi, SAM1M mencabar Pakatan Pembangkang mendedahkan sumber dana untuk himpunan ini, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini sebagai mengulas perhimpunan anjuran pakatan pembangkang yang diadakan di stadium tersebut.

Pada himpunan itu penganjur bukan sahaja gagal mematuhi syarat ekoran terdapat peserta yang membawa kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dan turut didakwa menaja peserta bagi menyertainya.

Mereka juga membuat 8 tuntutan antaranya Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih, Membebaskan Tahanan ISA, Memartabatkan Bahasa Ibunda dan Menuntut Pendidikan Percuma.


SUMBER: UTUSAN MALAYSIA M/S 8, 14 JANUARI 2013
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment