Saturday, January 19, 2013

Tindakan edar Bible cubaan cetus ketegangan agama

Tindakan edar Bible cubaan cetus ketegangan agama


KUANTAN 20 Jan. - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengedarkan Bible versi bahasa Melayu kepada orang awam termasuk pelajar sekolah yang beragama Islam di Pulau Pinang baru-baru ini sengaja dilakukan bertujuan menimbulkan situasi ketegangan antara agama dan kaum.

Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Muhammad Faiz Hashim berkata, sehubungan itu, pihaknya mengutuk tindakan tersebut dan mahu mereka yang melakukan perbuatan tersebut segera disiasat oleh pihak berkuasa.

"Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dekat dengan orang muda, kita berasa tindakan tidak bertanggungjawab ini wajar dikecam dan jika tidak dibendung akan mencetuskan ketegangan agama serta kaum.

"Seterusnya akan menimbulkan situasi huru-hara dalam negara dan menganggu ketenteraman awam serta menghancurkan perpaduan yang telah lama dibina," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP) baru-baru ini membuat laporan polis berhubung satu gerakan yang dikesan mengedarkan Bible versi bahasa Melayu kepada pelajar sekolah termasuk pelajar beragama Islam di negeri itu. - - UTUSAN

Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130120/dn_22/Tindakan-edar-Bible-cubaan-cetus-ketegangan-agama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment