Tuesday, January 15, 2013

SAM1M dakwa 8 Tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat tidak berasas.

Kuantan - Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) Malaysia mendakwa 8 tuntutan yang dibuat Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam hanyalah agenda kotor Pakatan Rakyat (PR)

Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, 8 tuntutan yang dibuat sudah diberi perhatian oleh pihak kerajaan malah pelbagai penambahbaikan dilakukan.

Bagaimanapun, pembangkang masih tidak berpuas hati malah terus menyerang kerajaan.

Kita anggap tuntutan mereka tidak berasas dan berniat tidak baik terhadap kepimpinan BN selama ini.

Ini semua jelas bahawasanya 8 tuntutan itu bukan lah tujuan sebenar perjuangan PR malah sebagai satu alasan untuk berhimpun menentang kerajaan," katanya.

Katanya, tuntutan supaya Pilihanraya Adil dan Bersih sudah diberi perhatian malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menambah baik sistem sedia ada untuk memuaskan hati mereka.

Katanya, pemilihan dalam Parti DAP juga tidak telus dan menimbulkan keraguan sehingga mencetuskan kontroversi dalaman.

Katanya, 8 tuntutan itu hanya alasan dan mereka perlu cermin diri mereka terlebih dahulu..

Mereka perlu belajaar menepati janjii kepada rakyat dan memperjuangkan kebajikan rakyat sepertii Isu Air di Selangor, katanya

Tujuh lagi tuntutan pihak tersebut adalah Bebaskan Tahanan ISA, Martabatkan Bahasa Ibunda, Menuntut Pendidikan Percuma, Selamatkan Kampung Warisan dan Tradisi, Selamatkan Alam Sekitar, Pulangkan Royalti Minyak Kelantan dan Selamatkan FELDA.

Sumber:
Sinar Harian Edisi Pahang, 14 Januari 2013


8 tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat yg boleh dipersoalkan!

1- Menuntut Pilihan Raya Adil & Bersih
-SPR sendiri telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam Sistem Pilihanraya. PRU12 dulu PR menang 5 negeri, kenapa tak pertikai SPR?
-Ini semua sbg satu perancangan rapi utk menuduh SPR sekiranya PR tewas PRU13 nnti, tp hakikat sebenarnya sememangnya majoriti rakyat Malaysia menolak PR. Tapi jika PR menang mereka tak persoalkan pula.

2- Bebaskan Tahanan ISA
-Tahanan yg ditahan mesti ada sebab tertentu yg boleh mengancam keselamatan negara. Tindakan ini bagi memastikan tiada gerakan militan dan ancaman kepada keselamatan negara. Keselamatan rakyat dan negara perlu diutamakan.

3- Martabatkan Bahasa Ibunda
-Cukuplah kita mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara seperti mana yg termaktub dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu lambang perpaduan negara.

4- Menuntut Pendidikan Percuma
- Kenapa tak lakukan dahulu di UNISEL, Universiti milik Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR?? Cakap tak serupa bikin !!

5- Selamatkan Kampung Warisan & Tradisi
- Siapa yang merobohkan Kampung Buah Pala? Sehingga menitiskan air mata!! Cakap tak serupa bikin !!

6- Selamatkan Alam Sekitar
- Apa yg terjadi di Hutan Pedu Kedah? Digondolkan bagi tujuan pembalakan sehingga sampai ke puncak! Cakap tak serupa bikin !!

7- Pulangkan Royalti Minyak Kelantan
-Kerajaan Pusat sendiri telah menyatakan akan mengkaji semula pemberian royalti utk negeri2 di Pantai Timur. Jadi apa lagi?Perkara ini bukannya boleh diselesaikan sehari dua.

8- Selamatkan Felda .
-Kepentingan Penduduk FELDA sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Lihatlah sendiri kehidupan masyarakat FELDA hari ini yg rata2 sudah memiliki rumah banglo, kenderaan, tanah dan pelbagai insentif yg diberikan kerajaan.

Ini semua jelas bahawasanya 8 tuntutan ini bukanlah tujuan sebenar perjuangan PR malah sbg satu alasan menghalalkan cara untuk berhimpun.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment